Page 27 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 27

Modul Pembelajaran
                                                                                                                     KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



                      c.  Memelihara Maruah Profesion

                          Kod-kod  etika  memberi  satu  gambaran  kepada  semua  pihak  tentang  imej  positif
                          setiap profesion kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi.
                          Etika merupakan satu panduan kepada professional untuk membina, meningkat dan
                          mempertahankan integriti, kejujuran dan maruah profesion masing-masing.


                          Secara umumnya, setiap kod etika profesional menjelaskan bahawa setiap ahlinya
                          perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan
                          kesejahteraan  manusia  seluruhnya,  jujur  kepada  diri  sendiri,  majikan,  masyarakat
                          dan pelanggannya serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk
                          terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa ke semasa.

                      d.  Memelihara Keharmonian

                          Kod  etika  menggariskan standard  tingkahlaku  yang  harus  dipatuhi  dan  diamalkan
                          sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak  terpelihara. Ini dapat mengelakkan
                          daripada  berlakunya  pertembungan  di  antara  kepentingan  diri  dan  kepentingan
                          umum.  Ini  akhirnya  menyebabkan  pelbagai  konflik  dan  rasa  tidak  puas  hati
                          dikalangan  pihak  yang  berkaitan.  Setiap  ahli  profesional  dalam  bidang  masing-
                          masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap
                          anggota masyarakatnya.

                      e.  Sokongan


                          Jika  seseorang  didakwa  atau  diragui  oleh  pihak  lain  tentang  apa  yang dilakukan,
                          maka  beliau  boleh  menggunakan  kod  etika  untuk  menyokong  tindakannya  dalam
                          memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan selagi dia yakin tidak menyalahi
                          undang-undang  dan  etika  organisasi.  Beliau  boleh  menolak  sebarang  arahan
                          majikan yang bertentangan berdasarkan etika profesional organisasi berkenaan.

                          Semua etika profesional yang digunapakai di seluruh dunia dalam pelbagai bidang
                          seperti pengiklanan, perubatan, guaman, perniagaan, perakaunan dan kejuruteraan
                          mempunyai  asas  etika  yang  sama.  Ini  kerana  tujuan  etika  dibentuk  adalah
                          digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.





                               Inspirasi                       Memelihara
                                 Dan                             Maruah                           Sokongan
                               Panduan                          Profesion

                                              Pencegahan                        Memelihara
                                                  dan                          Keharmonian

                                                Disiplin




                                                     Rajah 1.1.7  Fungsi Kod Etika






                                                             17
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32