Page 262 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 262

Modul Pembelajaran
                                                                                                                      KSSM MPV Produk Reka Tanda Tingkatan 4




               Nota





                       Kos                   Kos                     Kos                        Kos
                     Bahan                  Upah                 Overhed                  Pengeluaran



                                                    4.2.13 Formula Pengiraan Kos Pengeluaran


                           Pengiraan kos pengeluaran papar tanda larik
                      Dalam  unit  ini  murid  akan  didedahkan  tentang  pengiraan  kos  asas  bagi  penyediaan
                      bahan papar tanda larik. Ia meliputi kos permulaan bahan yang melibatkan bahan yang
                      tidak boleh dibeli mengikut ukuran yang dikehendaki seperti berikut :
                      Pembelian bahan mengikut ukuran pembekal
                       Bil                Bahan                    Ukuran /unit            Harga

                       1     Akrilik lutsinar 4mm              4’x8’ (32’)           RM176.00
                       2     Akrilik lutsinar 2mm              4’x6’ (24’)           RM120.00

                       3     Akrilik berwarna 2mm              4’x6’ (24’)           RM168.00


               Kos  bahan  di  atas  akan  dikira  secara  minimum  mengikut  ukuran  per  kaki  bagi  setiap  unit.

               Misalnya, harga sekeping akrilik lutsinar dengan ketebalan 2mm yang berukuran 4’x6’ adalah
               RM120.00.

                                                             6’


                                           4’
                     4’x6’=24kaki persegi



                     Untuk mendapatkan harga sekaki, jumlah RM 120.00 perlu dibahagikan dengan 24. Oleh
                     itu harga sekaki akrilik tersebut adalah sebanyak RM 5.00 sekaki. Oleh itu, akrilik lutsinar

                     2 mm bernilai RM120.00 dibahagi dengan 24 bersamaan dengan RM5.00 per kaki.

                                                                                      Makluman Untuk Pelajar
                                                                              Pastikan anda faham apa itu kos bahan.

                                                                              Anda perlu masukkan simbol pengiraan
                                                                                semasa membuat jalan pengiraan

                                                                               Anda boleh menggunakan kalkulator
                                                                                        untuk mengira.
                                                            252
   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267