Page 263 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 263

Modul Pembelajaran
                                                                                                                      KSSM MPV Produk Reka Tanda Tingkatan 4



               a)  Kos Bahan
                   Kos bahan (bahan habis guna) adalah jumlah kos kesemua bahan yang digunakan bagi

                   menghasilkan papar tanda larik.

                 Bil            Bahan                 Kuantiti     Kos seunit (RM)      Jumlah (RM)

                1     Akrilik lutsinar 4mm             1 unit                    5.50              5.50
                2     Akrilik lutsinar 2mm             1 unit                    5.00              5.00

                3     Akrilik berwarna                 1 unit                    7.00              7.00
                4     Lampu LED                        15cm                      1.00             15.00
                5     Adaptor LED                      1 unit                   25.00             25.00

                6     Penyambung wayar LED             1 unit                    5.00              5.00
                                          Jumlah keseluruhan                                      62.50



               b)  Kos upah / perkhidmatan

                   Kos upah atau kos perkhidmatan adalah bayaran kepada pekerja mengikut hari atau jam
                   bekerja.

                   Contoh:


                          Bil Pekerja          Masa          Kadar upah sejam
                               1               3jam         RM     10.00
                            3 jam   x  RM10.00  = RM 30.00


                      Sekiranya masa yang diambil untuk menyiapkan satu unit produk ialah selama 3 jam,
                      kos upah yang melibatkan masa bekerja ialah RM30.00


               c)  Kos Overhed
                   Kos  Overhed  bermaksud  kos  yang  tidak  melibatkan  kos  bahan,  seperti  bahan  cetakan,

                   kurier dan bayaran utiliti yang digunakan semasa penghasilan papar tanda. Bayaran utiliti
                   adalah seperti : bil elektrik, bil air, bil telefon, bil multimedia, dan sebagainya.

                Bil                         Perkara                                 Kos / hari

                1     Bil elektrik                                          RM 1.00
                2     Bil air                                               RM 0.50

                3     Bil telefon                                           RM 2.00
                4     Bil multimedia                                        RM 2.00
                5     Bahan cetakan                                         RM 1.00

                      Jumlah                                                RM 6.50

                                                            253
   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267   268