Page 34 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 34

Modul Pengajaran
                                                                                                                     KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



                (iv)   Sektor air dan sisa pepejal

                      Bahagian air dan sisa pepejal merupakan antara bahagian yang digalakkan
                      untuk mengamalkan Teknologi Hijau serta amalan hijau terutamanya dalam
                      mengurus dan menggunakan sumber air, merawat kumbahan, mengurangkan
                      bau di kawasan pelupusan sisa pepejal, pengkomposan dan kitar semula.


               (v)    Sektor pembuatan
                      Teknologi hijau di dalam sektor perkilangan termasuk amalan hijau perkilangan
                      dan produk-produk hijau pembuatan contohnya EV, Solar LED dan lain-lain.



               (vi)   Sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
                      ICT Hijau merujuk kepada amalan dari segi pengeluaran, penggunaan dan
                      pelupusan komputer, pelayan (server) serta alat-alat aksesori seperti monitor,
                      tetikus, pencetak dan peralatan rangkaian secara berkesan dan efektif dengan
                      memberi kesan yang minima atau tiada kesan terhadap alamsekitar. Ini bertujuan
                      untuk mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik
                      dan memanjangkan jangka hayat penggunaan produk ICT.

               Petunjuk Utama Negara

                   Petunjuk Utama Negara merupakan kriteria yang ditetapkan untuk mengukur
                   kejayaan Dasar Teknologi Hijau dan inisiatifnya. Ia menyediakan mekanisme maklum
                   balas dan peluang untuk memperbaik atau mengukuhkan usaha, sekiranya perlu.
                   Petunjuk Utama Negara berikut akan terus diperhalusi menjadi petunjuk prestasi
                   kuantitatif dan kualitatif (KPI) untuk setiap Rancangan Malaysia dan rancangan
                   tahunan untuk pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan:

               a.  Alam Sekitar
                   Pengurangan awal dalam kadar kenaikan pengeluaran GHG dan seterusnya ke
                   arah pengurangan tahunan pengeluaran GHG; memperbaik kedudukan dalam
                   tahap persekitaran menjelang tahun 2030; dan peningkatan kualiti udara dan air sungai.

               b.  Ekonomi
                   Industri Teknologi Hijau menyumbangkan peratus dan nilai yang ketara kepada
                   KDNK negara; jumlah yang besar akan dilaburkan dalam industri Teknologi Hijau
                   melalui pelaburan langsung asing (FDIs) dan pelaburan langsung tempatan
                   (DDIs); meningkatkan bilangan industri Hijau yang diiktiraf dan jumlah hasil/pulangan
                   balik dalam negara; industri Teknologi Hijau mewujudkan peningkatan bilangan
                    pekerjaan yang bertambah di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan
                   serta SMEs/SMIs; dan meningkatkan jumlah spin-off dan industri sokongan
                   daripada industri Teknologi Hijau.

               c.  Sosial
                   Lebih banyak kota, perbandaran dan komuniti mengamalkan Teknologi Hijau
                   dan diklasifikasikan sebagai Perbandaran Hijau; Lebih ramai rakyat Malaysia
                   menghargai Teknologi Hijau dan budaya Teknologi Hijau akan menjadi
                   sebahagian daripada kehidupan mereka; dan memperbaik kualiti hidup di Malaysia.



                                                             24
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39