Page 35 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 35

Modul Pengajaran
                                                                                                                     KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



                                                  Pembangunan Mampan



                                                   EKONOMI

                                                                      ALAM
                                                         LA21        SEKITAR



                                                  SOSIAL




                     Rajah 1.1.6 Perkaitan di antara ekonomi, sosial dan alam sekitar dengan Agenda Tempatan 21(LA21)


               Kepentingan bidang Produksi Reka Tanda dalam pembangunan negara



                      Produksi  Reka  Tanda  merupakan  mata  pelajaran  elektif  di  dalam  kelompok  Sains,
                      Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) yang digubal untuk menyediakan murid
                      yang  berpengetahuan  dan  berkemahiran  dengan  asas  profesional  dalam  bidang
                      pekerjaan  teknikal  seiring  dengan  perkembangan  teknologi  dan  menyumbang
                      peningkatan ekonomi negara.
                      Bidang  Produksi  Reka  Tanda  juga  mampu  melengkapkan  murid  dengan  kemahiran
                      asas  yang  diperlukan  bagi  mendepani  cabaran  Revolusi  Industri  ke-4.  Kemahiran  ini
                      diperlukan  bagi  memenuhi  keperluan  tenaga  kerja  industri  untuk  memacu  ekonomi
                      Malaysia.

                      Hasil Kemahiran Produksi Reka Tanda seperti papar tanda arah, petunjuk lokasi dan
                      sebagainya  dapat  memenuhi  permintaan  dan  kehendak  pelbagai  organisasi  swasta
                      mahupun badan-badan kerajaan.

                      Justeru,  kepentingan  Produksi  Reka  Tanda  dalam  pembangunan  negara  juga  dapat
                      membekalkan  tenaga  kerja  mahir  kepada  industri  sejajar  dengan  usaha  ke  arah
                      melahirkan  pekerja  yang  mampu  berdikari,  berdaya  saing  serta  menjana  idea  kreatif
                      dan inovatif untuk mencapai matlamat negara maju.











                            Rujukan: Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN), (2009). Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
                               (KeTTHA)

                                                             25
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40