Page 42 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 42
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Nota
Pengenalan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di
bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain
daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti
pekerjaan pelbagai sektor. Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab
untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui
negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti
hidup semasa bekerja.
Pengangkutan, Penyimpanan
1 Pengilangan 6 dan Komunikasi
Perkhidmatan Awam dan Pihak
2 Perlombongan dan Perkuarian 7 Berkuasa Berkanun
3 Pembinaan 8 Kemudahan – Gas, Elektrik, Air
dan Perkhidmatan Kebersihan
4 Hotel dan Restoran 9 Kewangan, Insuran, Hartanah
dan Perkhidmatan Perniagaan
5 Pertanian, Perhutanan dan 10 Perniagaan Borong dan Runcit
Perikanan
Rajah 1.2.1 Sektor pekerjaan yang dilindungi oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
32

