Page 44 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 44

Modul Pembelajaran
                                                                                                                     KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



               Menyatakan  maksud  Peraturan,  Keselamatan  dan  Kesihatan  Pekerjaan
               berdasarkan  garis  panduan  yang  dikeluarkan  oleh  Jabatan  Keselamatan  Dan
               Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau Department Of Health And Safety (DOSH), Akta
               Keselamatan  dan  Kesihatan  Pekerjaan  (AKKP)  atau  Occupational  Safety  And
               Health  Act  (OSHA)  dan  Institut  Keselamatan  Dan  Kesihatan  Pekerjaan  Negara
               Malaysia  atau  National  Institute  of  Occupational  Safety  And  Health  Malaysia
               (NIOSH)

               Suatu Akta  diperuntukan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang
               yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain terhadap risiko keselamatan atau kesihatan

               berkaitan  aktiviti  orang-orang  yang  sedang  bekerja,  untuk  menubuhkan  Majlis  Negara  bagi
               Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan  perkara lain yang berkaitan dengannya.



                            AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 ( AKTA 514)


                                                        Diwartakan pada 24 Februari 1994
                                                        Disusun mengikut bahagian,
                                                        seksyen dan subseksyen


                                                                    Tujuan

                                                 Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-
                                                  orang yang sedang bekerja
                                                 Melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada
                                                  orang-orang yang sedang bekerja)
                                                 Menggalakkan persekitaran pekerjaan yang sesuai
                                                  dengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang bekerja
                                                 Mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas
                                                  kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industri
                                                  disamping peruntukan akta.

                                                                    Matlamat

                                                 Menghasilkan budaya kerja yang selamat dan sihat di
                                                  kalangan semua pekerja dan majikan di Malaysia
                                                 Mewujudkan tempat kerja yang selamat, sihat serta bebas
                                                  kemalangan dan penyakit


                                            Agensi-agensi yang terlibat dalam menguatkuasakan undang-
                                            undang dan peraturan keselamatan pekerjaan

                                                   Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP),
                                                    Kementerian Sumber Manusia
                                                   Kementerian Kesihatan Malaysia
                                                   Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


                             Rajah 1.2.4 Info Bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)




                                                             34
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49