Page 74 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 74
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Nota
2.1 Asas Reka Bentuk Grafik
Kemajuan teknologi berlaku dengan begitu cepat dan ciptaan baharu
dihasilkan pada setiap tahun. Sektor industri seperti pembuatan, kejuruteraan
dan reka bentuk menggunakan kemajuan teknologi bagi menghasilkan produk
yang berkualiti, berinovatif dan berdaya saing. Dalam mereka bentuk sesuatu
produk, pereka bentuk perlu mengenal pasti ciri-ciri yang diperlukan bagi
menyelesai masalah pengguna.Kreativiti dan inovasi adalah antara faktor yang
boleh menjana sesuatu idea tentang penghasilan sesuatu reka bentuk.
Prinsip Reka Bentuk dan Elemen Seni
Prinsip Reka Bentuk
Definisi Prinsip Reka Bentuk ialah teknik susunan atau pengolahan untuk menimbulkan
gambaran tertentu yang dikehendaki dalam sesuatu gubahan seni visual. Terdapat tujuh
prinsip seni iaitu harmoni, kontras, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian,
kesatuan dan keringkasan.
Harmoni Kontras
Keringkasan Kepelbagaian Kesatuan
Irama dan
Pergerakan Imbangan
Rajah 2.1.1 Prinsip Reka Bentuk
64

