Page 75 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 75

Modul Pembelajaran
                                                                             KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



                                        Susunan atau ulangan elemen-elemen seni mengikut cara  yang

                                        tertentu contohnya susunan tona warna yang hampir sama atau
                                        susunan  sesuatu  objek  dapat  mewujudkan  prinsip  harmoni.

                         Harmoni        Gabungan atau ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan serta ruang
                                         dalam gaya pada arah yang tertentu juga menghasilkan gubahan
                                        yang harmoni.

                                                Wujud  apabila  terdapat  unsur-unsur  seni  yang
                                                mempunyai ciri-ciri bertentangan atau perbezaan dalam
                                                satu  gubahan.  Kesan  kontra  dapat  ditimbulkan  dalam
                                  Kontras
                                                karya-karya visual melalui olahan, teknik dan gaya seni
                                                yang berbeza-beza.


                                           Imbangan  bermaksud  keadaan  yang  berpadanan  dari  segi

                                           berat,  tarikan  dan  tumpuan  perhatian.  Terdapat  dua  jenis
                        Imbangan           imbangan  iaitu  Imbangan  Simetri  dan  Imbangan  Tidak
                                           Simetri .



                                    Irama        Merujuk  kepada  elemen  seni  yang  disusun  berulang-

                                    Dan          ulang untuk menghasilkan pergerakan. Ia wujud dalam
                                 Pergerakan      alam semulajadi dan karya seni visual.




                                           Kepelbagaian ialah keadaan yang mempunyai penggabungan
                      Kepelbagaian         pelbagai  gaya,  nilai,  dan  idea  yang  berbeza  dalam  suatu
                                           gubahan.  Aplikasi  prinsip  reka  bentuk  dapat  memberi  gaya,

                                           variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan itu.

                                                 Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila semua

                                                 elemen-elemen  di  dalamnya  mempunyai  satu  tema
                                                 atau idea dan menyeluruh. Penggunaan elemen seni,
                                 Kesatuan        pengolahan tema serta rekaan yang baik mewujudkan
                                                 kesatuan pada sesuatu gubahan seni menjadikan hasil

                                                 karya itu lebih lengkap, teratur dan sempurna.

                                           Keringkasan merupakan prinsip reka bentuk yang jelas, teratur

                                           dan  mudah  difahami  melalui  visual  yang  lebih  ringkas.  Idea
                       Keringkasan         terlalu  padat,  tidak  teratur  menyebabkan  rekaan  itu
                                           mengelirukan, menghilangkan tumpuan orang yang melihatnya

                                           dan maklumat tidak dapat disampaikan dengan jelas.

                                                  Rajah 2.1.2 Prinsip Reka Bentuk




                                                                65
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80