Page 8 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 8
KATA PENGANTAR
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) ingin memanjatkan
rasa syukur telah dapat menerbitkan Modul Pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang telah disediakan berasas-
kan kepada kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan
4.
Dalam menangani hala tuju pendidikan negara serta pembangunan dunia pen-
didikan hari ini, BPLTV berusaha menyediakan modul pembelajaran KSSM MPV se-
bagai satu dokumen yang menjadi sumber rujukan utama guru MPV yang dapat memen-
uhi keperluan semasa dalam bidang pendidikan kemahiran vokasional. Modul pembelaja-
ran ini dibina bagi membantu murid mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kema-
hiran yang berkaitan di samping melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta produktif dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan
negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, modul pembelajaran ini juga menjadi panduan
kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan.
BPLTV amat menghargai segala daya usaha yang telah menyatukan idea untuk
menerbitkan modul ini. Setiap kejayaan dasar pendidikan dan program yang menyokong
dasar hendaklah dilaksanakan dengan kefahaman dan kerjasama yang kukuh daripada
semua pihak terutamanya warga pendidik. Semoga usaha murni ini dapat mencapai ob-
jektif dan matlamat yang diharapkan. Besarlah harapan BPLTV agar modul ini menjadi
sumber rujukan dan panduan penting bagi menentukan garis utama hala tuju pendidi-
kan di Malaysia. Modul pembelajaran ini telah melalui beberapa proses pemeringkatan
kawalan mutu demi menjaga kualiti modul ini.
Akhir kata, BPLTV mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan jutaan terima kasih kepada panel penulis, panel kawalan mutu, Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pegawai Bahagian Pen-
didikan dan Latihan Teknikal Vokasional, pegawai Bahagian Pembangunan Kuriku-
lum (BPK) serta pegawai Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) dan
juga semua pihak yang telah merealisasikan penerbitan modul ini. Syabas kepada semua
yang memberi komitmen yang tinggi sehingga modul ini dapat dihasilkan dengan jayanya.
Sekian,
Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
vi

