Page 9 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 9

PENGENALAN





                Produksi  Reka  Tanda  ialah  satu  daripada  mata  pelajaran  elektif  vokasional  di
                sekolah  menengah  aliran  perdana.  Mata  pelajaran  ini  merupakan  mata  pelajaran  yang
                menitikberatkan  komponen  seni  dan  aspek  kemahiran  pembuatan  dengan  platform

                teknologi dan digital. Kandungan kurikulum dibina bagi memberi pendedahan asas kepada
                murid  yang  ingin  mendalami  bidang  grafik  dan  proses  pembuatan  perlbagai  jenis  papar
                tanda yang bermula daripada penjanaan idea, merekabentuk sehingga pembuatan papar

                tanda.

                Modul Pembelajaran ini dibangunkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pen-
                taksiran (DSKP) Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Produksi Reka Tanda selaras dengan
                hasrat dasar Pendidikan Negara untuk memperkasakan bidang STEAM. Kandungan ku-

                rikulum ini juga telah dipetakan menjurus kepada perkembangan pendidikan dan industri di
                negara ini. Penyusunan isi kandungan Modul Pembelajaran pula mengikut Standard Kan-
                dungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi murid melalui tahap penguasaan

                (Kriteria Pencapaian) dan kemahiran dalam bidang reka bentuk.

                Modul Pembelajaran mata pelajaran ini mengandungi lapan (8) modul kesemuanya yang
                merupakan satu kaedah bagi murid untuk menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit
                pembelajaran secara kendiri dan guru berperanan sebagai fasilitator. Kesemua lapan (8)

                modul pembelajaran yang telah dihasilkan bagi mata pelajaran ini akan dikuasai oleh murid
                dalam tempoh masa dua tahun pembelajaran di tingkatan 4 (4 modul) dan tingkatan lima
                (4 modul). Murid akan mempelajari komponen seni, reka bentuk, pengurusan dan kema-
                hiran pembuatan semasa di tingkatan 4. Manakala ilmu keusahawanan pula akan dipela-

                jari di tingkatan 5.

                Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai yang dirangka dan disusunkan dalam mata pelajaran
                Produksi Reka Tanda ini bukan sekadar ilmu yang dipelajari di alam persekolah tetapi juga

                merupakan  kurikulum  yang  mampu  membentuk  kemahiran  kebolehkerjaan  murid  dan
                menjana ekonomi dalam bidang rekabentuk.















                                                            vii
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14