Page 6 - Microsoft Word - ALIH BENTUK KOMUNIKASI 2019 - Part 1
P. 6
MODUL ALIH BENTUK KOMUNIKASI PENGGAL 2 2020
STEP 1: Mengenalpasti kehendak Soalan.
Pelajar hendaklah membaca soalan terlebih dahulu, soalan akan memberi “key word”
tentang jenis graf atau carta yang akan dilukis (melalui kata kunci diberi).
Tips mengenalpasti jenis graf daripada soalan yang diberi.
Mengenalpasti Media berdasarkan ‘katakunci’ soalan
JENIS MEDIA KATA KUNCI
Graf Bar Semua soalan yang meminta untuk menyediakan graf yang sesuai, media yang paling sesuai
kompoun adalah GRAF BAR kecuali bagi soalan yang mempunyai kata kunci untuk media graf garis.
Menunjukkan “bilangan”
Menunjukkan perbandingan sesuatu pembolehubah dalam suatu kumpulan bar mengikut
tempoh tertentu.
Mempunyai banyak pembolehubah dalam satu tahun/tempoh yang sama.
Contoh kata kunci kompoun:
Bilangan, kuantiti, nilai (bentuk % atau RM), pengelasan dsbnya.
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import Malaysia dari tahun 2001 hingga
tahun 2006.
Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kes warganegara Malaysia yang hilang,
jumpa semula dan masih hilang dari tahun 2008 hingga 2011.
Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan guna tenaga buruh mengikut
sektor di Malaysia antara tahun 2004 hingga tahun 2006.
Graf Garis Menunjukkan bilangan untuk beberapa tahun
Kompoun Melibatkan tahun/tempoh yang panjang biasanya 5 tahun dan lebih
Ada kata kunci graf garis
Ada kaitan dengan pasaran saham = graf garis
Kata kunci garis :
Arah aliran, aliran, pola, pergerakan, turun naik, pasang surut, kadar, kadar perubahan,
indeks, tred aliran, kadar pertumbuhan, pertumbuhan, imbangan dagangan, pelunjuran,
perubahan, saham, unjuran, komposit, bursa.
Contoh:
Aliran , kadar perubahan (dlm bentuk peratusan dan tiada data negatif)
Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran
ekonomi negeri yang terpilih bagi tempoh 2001 hingga 2004.
Graf Bar Menunjukkan “Jumlah” atau “nilai keseluruhan”
Komponen
Contoh kata kunci komponen:
Kategori, Jumlah terkumpul, dikumpulkan, diterapkan, Komposisi, Jumlah, Jumlah
keseluruhan, Komponen, Nilai tambah, nilai keseluruhan
Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan jumlah
keluaran Dalam Negara Kasar mengikut punca kegiatan dari tahun 2005 hingga 2007.
Graf Garis Dalam jadual ada menunjukkan ‘jumlah besar’ atau “nilai keseluruhan”.
Komponen Menunjukkan “Jumlah”,”Amaun”, “Komposisi”, “Komponen” atau “nilai keseluruhan”
Melibatkan tahun/tempoh yang panjang
Kadang-kadang kata kunci garis + komponen di gabungkan.
Kata kunci garis :
Arah aliran, aliran, pola, pergerakan, turun naik, pasang surut, kadar, kadar perubahan,
UNIT PAM-KISAS Page 6

