Page 9 - Microsoft Word - ALIH BENTUK KOMUNIKASI 2019 - Part 1
P. 9
MODUL ALIH BENTUK KOMUNIKASI PENGGAL 2 2020
STEP 2: MEMAHAMI MAKSUD PETIKAN PEMAHAMAN
Apabila calon sudah membaca petikan pemahaman, kenalpasti pembolehubah-pembolehubah
yang berkaitan dengan soalan.
Gariskan pembolehubah yang dikenalpasti termasuk nilainya sekali.
Keyword-keyword untuk memahami kehendak soalan:
1. Selalunya (bukan wajib) ayat dalam perenggan pertama petikan pemahaman hanyalah
ayat untuk mengelirukan pelajar (perangkap). Kadangkala pula perenggan tersebut
hanyalah satu pengenalan umum sahaja. Jadi, pelajar perlu berhati-hati dan sentiasa
fokus pada kehendak soalan.
2. Contoh beberapa keyword yang perlu diketahui daripada petikan :
“bertambah kepada” bermaksud (Nilai diberi adalah untuk tahun selepasnya)
Pada tahun 2005 ialah 16,483 ribu orang bertambah kepada 16, 859 ribu orang.
# Tahun 2005 = 16,483 ribu orang
Tahun 2006 = 16,859 ribu orang
3. “bertambah sebanyak” bermaksud (nilai tahun sebelum + nilai tambahan diberi)
Pada tahun 2005 ialah 16,483 ribu orang bertambah sebanyak 376 ribu orang pada
tahun berikutnya.
# Tahun 2005 = 16,483 ribu orang
Tahun 2006 = (16, 483 + 376 ) = 16,859 ribu orang
4. “sebanyak” bermaksud (jumlah nilai pada tahun itu)
Pada tahun 2007, jumlah kumpulan ini ialah sebanyak 1,187 ribu orang dan
bertambah kepada 1, 232 300 orang pada tahun 2008 dan terus meningkat sebanyak
54 ribu orang pada tahun 2009.
# Tahun 2007 = 1,187 000 orang
Tahun 2008 = 1,232 300 orang
Tahun 2009 = (1,232 300 + 54 000) = 1,286, 300 orang
5. Mengira peratusan.
Kumpulan umur 0-14 tahun pada tahun 2008 ialah sebanyak 8,876,200 orang, iaitu 32 peratus
daripada jumlah keseluruhan penduduk pada tahun berkenaan.
# Tahun 2018 = 8,876,200 orang @ 32 peratus jumlah keseluruhan penduduk
Jumlah keseluruhan = 8,876,200 X 100 = 27,738,125 orang
32
UNIT PAM-KISAS Page 9

