Page 37 - BUKU MAT22 KSR LPP_Neat
P. 37
UNDANG –UNDANG BAGI
KELAB SUKAN DAN REKREASI
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG NEGERI SELANGOR
Fasal 1 NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Kelab Sukan Dan Rekreasi
Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Selangor. Selepas ini disebut
“Pertubuhan”.
Fasal 2 TEMPAT URUSAN
Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah di Tingkat 5,6,7 Menara
PPNS, Lot 8, Persiaran Damai, Seksyen 11, 40000 Shah Alam,
Selangor atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan
dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa dan alamat untuk surat
menyurat adalah sama seperti diatas. Tempat urusan berdaftar dan
alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran
Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
Fasal 3 TUJUAN/MATLAMAT
a) Untuk memupuk perasaan muhibbah, mengeratkan tali
persahabatan dan persefahaman antara pegawai-pegawai dan
kakitangan.
b) Menggalakkan perkembangan bakat-bakat dalam bidang sukan,
kebudayaan dan sosial pegawai-pegawai dan kakitangan.
c) Melaksanakan aktiviti kebajikan dan keagamaan ahli-ahli yang
dibenarkan oleh pihak berkuasa.
37

