Page 38 - BUKU MAT22 KSR LPP_Neat
P. 38

Fasal 4        KEAHLIAN

                              1)     Terbuka  kepada  semua  pegawai-pegawai  dan  kakitangan
                                     Lembaga  Pertubuhan  Peladang  Negeri  Selangor,  Pertubuhan
                                     Peladang  Negeri  Selangor,  Pertubuhan-Pertubuhan  Peladang
                                     Kawasan dalam Negeri Selangor, Institut Pengurusan Peladang
                                     dalam  Negeri  Selangor,  mereka  hendaklah  warganegara
                                     Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

                              2)     Setiap  permohonan  menjadi  ahli  hendaklah  dicadang  dan
                                     disokong oleh dua orang ahli dihantar kepada Setiausaha yang
                                     dikehendaki  mengemukakan  permohonan  itu  dengan  secepat
                                     mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan, Jawatankuasa
                                     boleh mengikut budibicara menolak sebarang permohonan tanpa
                                     memberi sebab-sebabnya.

                              3)     Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti
                                     yang  tersebut  diatas,  hendaklah  setelah  membayar  bayaran
                                     masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima
                                     menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.


               Fasal 5        BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

                              1)     Bayaran  masuk  dan  yuran  yang  perlu  dijelaskan  ialah  seperti
                                     berikut :

                                     Bayaran masuk : RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja)


                                     Yuran bulanan : RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)
                                     (Yuran  Bulanan    RM  5.00  dan  Yuran  Khairat  Kematian  RM
                                     5.00)

                              2)     Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih
                                     dahulu dalam tempoh 10 hari dari awal tiap-tiap bulan.

                              3)     Ahli  yang  membiarkan  hutang  yurannya  sebanyak  lebih  dua
                                     bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh
                                     atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak hak keistimewaannya
                                     sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

                                                                                                           38
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43