Page 2 - Buku Program MSSR MIRI 2020
P. 2

PERUTUSAN YANG DI-PERTUA
                      MAJLIS SUKAN SEKOLAH RENDAH (MSSR) DAERAH MIRI










                 Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak.

                 Sekalung apresiasi   dan tahniah   kepada Jawatankuasa  Pengelola  Kejohanan Olahraga  MSSR
                 Daerah Miri kali ke-36, 2020 kerana telah menganjurkan kejohanan yang berprestij seumpama ini
                 untuk melengkapkan kemenjadian murid-murid seluruh sekolah rendah di Miri.  Kerjasama erat

                 selari dengan kata pepatah ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’ ini nyata
                 membuahkan hasil yang sangat positif.

                 Penganjuran kejohanan sebegini merupakan instrumen perpaduan yang berkesan untuk

                 mencapai integrasi nasional.  Perpaduan yang dipupuk bukan sahaja dalam kalangan murid sebagai
                 peserta, tetapi juga mendorong guru yang berbilang bangsa, etnik dan budaya menggemblengkan
                 semangat berbakti untuk menjayakan penganjuran kejohanan. Bukan itu sahaja, hal ini juga dapat
                 mengukuhkan nilai perpaduan seperti toleransi, kerjasama selain meletakkan kepentingan murid
                 melebihi  kepentingan  peribadi.      Murid-murid  pasti  teruja  untuk  menunjukkan  kemahiran  dan
                 strategi untuk mengalahkan lawan masing-
                 masing. Ini bererti sukan turut berjaya menerapkan semangat juang yang kental dan bergelojak untuk

                 nanti digunapakai dalam kehidupan seharian mereka dalam dunia yang sangat mencabar ini.

                 Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran kejohanan ini,
                 khususnya  Jawatankuasa  Pengelola.  Tahniah  juga  diucapkan  kepada  semua  atlet  yang  terlibat
                 sepanjang  kejohanan  ini.    Semoga  segala  pengalaman  dalam  latihan  yang  telah  dilalui  turut

                 membuahkan hasil pada hari-hari yang akan datang. Saya juga berharap agar segala pengalaman
                 dan manfaat yang diperolehi sepanjang kejohanan ini dapat dihayati dan dinikmati bersama.

                 “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”





                 (HAJAH SHIRINI MASTURA BT. MOHD. ZULKIFLI)
                 Pegawai Pendidikan Daerah Miri,
                 Merangkap Yang Di-Pertua,
                 Majlis Sukan Sekolah Rendah Daerah Miri




                                                          2
   1   2   3   4   5   6   7