Page 62 - Buku Pengurusan SKTKK 2020
P. 62
GARIS PANDUAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. Guru bertugas hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula
dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah berakhir untuk;
i. Mengawal pintu pagar sekolah sekolah semasa murid-murid datang dan pulang sekolah.
ii. Memastikan murid dapat hadir mengikut waktu hadir dengan tepat dan waktu balik untuk
memastikan murid beratur menaiki kenderaan.
iii. Mengurus perhimpunan waktu pagi dan tengah hari sebelum beredar ke kelas dan
memastikan guru pertama yang mengajar kelas terbabit membawa murid ke kelas dengan
teratur dan senyap.
2. Guru bertugas hendaklah bersama-sama guru disiplin menjaga disiplin pelajar dan kebersihan
sekolah sepanjang minggu.
i. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, bilik air, bilik-bilik khas serta kawasan
persekitaran sekolah.
ii. Semua guru bertugas mestilah berada di kantin dan sekitarnya untuk mengawasi murid
beratur dan berdisiplin ketika membeli makanan dan tidak membawa atau makan di
tempat yang tidak dibenarkan dan memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin
sekolah.
3. Bersikap peka dan bertanggungjawab ke atas setiap apa yang berlaku di kawasan sekolah dan
memerlukan tindakan mengatasinya sepanjang hari bertugas pada minggu berkenaan.
i. Mengurus hal-hal kehilangan dan kejumpaan barang-barang.
ii. Mengurus rawatan murid-murid yang sakit atau cedera.
iii. Melaporkan segala kerosakan ke atas alatan/ perabot dan lain-lain kepada GPK atau Guru
Besar.
iv. Menghantar murid ke klinik atau ke rumah serta urusan-urusan lain yang memerlukan
tindakan segera.
4. Guru-guru bertugas hendaklah :
i. Mencatat laporan Mingguan
ii. Memberi ucapan atau pengumuman serta memberi ceramah ringkas semasa
perhimpunan mingguan.
iii. Mencatat laporan ke dalam buku Laporan Bertugas yang disediakan dan jika perlu
laporkan kepada GPK atau Guru Besar agar tindakan segera dapat diambil.
5. Buku Laporan Bertugas dan Buku Laporan Pemantauan Tandas hendaklah dihantar ke pejabat
untuk disemak pada hari Sabtu atau selewat-lewatnya sebelum perhimpunan pada Ahad.
Pengambilan dan pemulangan Buku Laporan Guru Bertugas hendaklah dicatat dalam buku rekod
yang disediakan.
6. Mengawasi dan memastikan kehadiran orang luar ke dalam kawasan sekolah hendaklah dengan
kebenaran Guru Besar.
7. Semasa perhimpunan ;
i. Memastikan semua guru dan murid menghadirinya.
ii. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara, teks doa / ucapan yang telah disediakan.
iii. Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.
iv. Menyampaikan pengumuman kepada murid-murid bagi pihak GPK atau Guru Besar jika
dikehendaki.
8. Buku Laporan:
i. Memastikan buku Laporan Mingguan, Tandas dan Kebersihan & keceriaan dihantar pada
setiap Khamis pada jam 12.30 tgh bagi sesi pagi dan 5.30ptg bagi sesi petang di kaunter
pejabat.
60 |BUKU PENGURUSAN SKTKK 2020

