Page 65 - Buku Pengurusan SKTKK 2020
P. 65

TATACARA PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

                   1.  Perhimpunan Mingguan Rasmi  : Dijalankan pada tiap-tiap hari Ahad  : 7.15 pagi
                       bagi sesi pagi  di Dataran Kejat dan 1.15 petang bagi sesi petang di Kantin Sekolah.

                   2.  Sebelum perhimpunan bermula, penyelaras perhimpunan dan guru bertugas hendaklah
                       memastikan murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing dengan teratur dan
                       senyap.

                   3.  Penyelaras  Perhimpunan  bersama  jawatankuasanya  hendaklah  melantik  pengawas
                       bertugas untuk mengendalikan perhimpunan seperti juruacara , pembaca doa, pembaca
                       ikrar dan penaik bendera.   Memastikan juga bendera dan CD Lagu Bangsa Johor, Lagu
                       Negaraku dan Lagu Sekolah siap sedia untuk digunakan.

                   4.  Semua  guru  dikehendaki  hadir  dengan  berpakaian  kemas  baju  korporat  putih
                       (Pekeliling Am Kerajaan Negeri Johor Bil. 5/2018) dan lengkap serta bersedia mengambil
                       tempat sebelum kehadiran Guru Besar.

                   5.  Aturcara Perhimpunan adalah seperti berikut :

                       7.00 pg. / 1.00 ptg.   -    (Persiapan tempat oleh guru bertugas)
                                                   Semua guru dan murid mengambil tempat masing-masing.
                       7.15 pg. / 1.15 ptg.   -    Ketibaan Guru Besar , Guru-Guru Penolong Kanan /
                                                   GPK Petang
                                            -      Bacaan doa oleh murid
                                            -      *Lagu Bangsa Johor , Lagu Negaraku & Lagu Sekolah,
                                            -      Lafaz Ikrar “Rukunegara”
                                            -      Laporan guru bertugas minggu lepas/ aktiviti penyampaian
                                                   hadiah & sijil / taklimat
                                            -        Ucapan Berfokus guru bertugas mingguan
                                            -      *Ucapan Guru Besar / Guru-Guru Penolong Kanan/ GPK
                                                   Petang
                       7.50 pg. / 1.45 ptg.   -    Bersurai
                       * Ucapan bergilir-gilir GB/GPK/GPK Petang
                       * Bendera akan dinaikan untuk lagu Negaraku sahaja
                       * Minggu ketiga setiap bulan adalah perhimpunan ko-kurikulum. Pakaian uniform
                       unit masing- masing.

                   6.  Adalah  disarankan  agar  semua  guru  dan  murid  membawa  buku  nota  kecil  untuk
                       mencatat  segala  maklumat  yang  disampaikan  semasa  peerhimpunan  agar  tindakan
                       segera dapat diambil.

                   7.  Semua  murid  beredar  ke  kelas  masing-masing  dengan  tertib  dan  teratur  untuk
                       memulakan  pembelajaran.  Guru-guru  hendaklah  segera  berada  di  kelas  untuk
                       memastikan pembelajaran dapat berjalan tepat pada masanya.

                   8.  Murid-murid yang datang lewat dikehendaki beratur di barisan yang berasingan dengan
                       murid-murid  yang  lain.  Nama  akan  dicatat  di  dalam  BUKU  LEWAT  HADIR  dan  akan
                       diberikan surat amaran/peringatan jika melebihi 3 kali (SOP disiplin).






                                               63 |BUKU PENGURUSAN SKTKK 2020
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70