Page 5 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 5
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMKCR KE-29 (2020)
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku
Tarikh: 10 FEBRUARI 2020 (Isnin)
Masa: 2:25 hingga 3:35 Petang
Tempat: Kantin SMKCR
Perasmian oleh: Hj. Rujihan Salleh wakil Datuk Kamarudin bin Md Nor
Pengerusi: Pn. Karimah bt Md Nor
Kehadiran: 854/1058 ahli termasuk AJK PIBG SMKCR sesi 2019.
1. Ucapan YDP PIBG
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-28 (2019)
3. Perkara Berbangkit
4. Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan (2019) PIBG
5. Membentang dan menerima penyata kira-kira PIBG berakhir 31 Disember 2019.
6. Membahas dan menerima usul.
7. Pembubaran AJK 2019 dan perlantikan AJK 2020.
8. Hal-hal lain
9. Ucapan penangguhan
1.0. Ucapan Pengerusi YDP PIBG (Pn. Karimah bt Md Nor)
YDP mempengerusikan mesyuarat dengan salam dan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang hadir
untuk bermesyuarat Agung PIBG kali ke-29 hari ini walaupun cuaca hujan. Beliau kemudiannya
meminta supaya ibu bapa dapat memberi kerjasama dan menunggu sehingga tamat majlis pada hari ini.
Beliau meneruskan mesyuarat dengan agenda selanjutnya.
2.0. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung ke 28 (2019)
Setiausaha membentangkan minit mesyuarat lepas sebagaimana tercatat pada halaman 4-8 buku program
untuk disahkan.
Cadangan oleh : Pn. Karimah binti Ismail
Sokongan oleh : Pn. Nik Norihah binti Nik Kob
3.0. Perkara Berbangkit
3.1 En. Khairuddin b. Mat Hassan membangkitkan perkara 6.1.4 dalam minit lepas iaitu tentang
status dewan yang masih terbengkalai dan bertanya apa usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah atau
PIBG.
Menjawab soalan itu, Pengetua SMKCR menjelaskan bahawa pihak sekolah dan PIBG ada menghantar
dua surat untuk mengetahui status Dewan SMKCR sebagaimana tercatat dalam aktiviti PIBG pada
halaman 9. Pada 3 Mac 2019 PIBG menghantar kepada Menteri Pendidikan yang pada ketika itu berada
di Cherang Ruku. Pada 30 Oktober 2019 satu surat lagi dihantar ke KPM melalui wakil khas TPM.
Ekoran dari itu, pada 19 Januari KSU, KPM Dato’ Dr, Gazali Abas, melawat dewan SMKCR sambil
menyatakan satu usaha untuk Tawaran Kontrak baru untuk menyiapkan dewan tersebut telah dilakukan.
4

