Page 6 - BUKU PROGRAM MAT PIBG 2021
P. 6

4.0.   Membentang dan menerima Laporan aktiviti PIBG 2019

             Setiausaha kemudiannya membentangkan laporan serta aktiviti PIBG SMK Cherang Ruku sebagaimana
             sebahagiannya tercatat pada halaman 9.


             5.0.   Membentang dan menerima Penyata Kira-kira berakhir pada 31 Disember 2019.

             Bendahari (En. Nor Izuddin bin Ab Ghani) membentangkan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember
             2019 sebagaimana tercatat pada halaman 10, 11, 12dan 13 buku program sambil menyatakan kesilapan
             menaip  tentang tarikh dan tahun mesyuarat  Agung  yang terdapat  pada halaman  10 perkara no.  2 dan
             halaman 13perkara no.2 untuk diterima.

             Cadangan oleh:       Pn. Rahanah binti Abd Ghani
             dan disokong oleh:   Pn. Normah binti Nor

             6.0.    Membahas dan menerima Usul-usul
             6.1.   Usul-usul 2020

             6.1.1.  Usul 1 Bayaran PIBG
             Setiausaha membacakan bayaran yang dipersetujui dalam mesyuarat dan akan diteruskan pada tahun ini
             lepas sebagai panduan dan peringatan kepada semua ahli.
                Berikut adalah jadual bayaran sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat Agung PIBG ke-29 (2020)

                      Tingkatan     Tabung         Bayaran            Bayaran          Sumbangan       Jumlah
                                     PIBG/         Majalah/        Kecemerlangan         Surau/
                                    keluarga       keluarga           seorang           seorang
                     1                  20.00           15.00                 20.00          10.00         65.00
                     2                  20.00           15.00                 20.00          10.00         65.00
                     3 (PT3)            20.00           15.00               100.00           10.00       145.00
                     4                  20.00           15.00                 20.00          10.00         65.00
                     5 (SPM)            20.00           15.00               120.00           10.00       165.00
                     6 (Bawah)          20.00           15.00                 50.00          10.00         95.00
                     6 (STPM)           20.00           15.00               100.00           10.00       145.00

             6.1.2. Usul 2, Tandas Terbuka Masjid Sekolah
             Pihak  AJK  mengusulkan  satu  punggutan  derma  kilat  dibuat  untuk  menampung  kos  pembinaan  dan
             melengkapkan kemudahan 14 unit tandas Musalla sekolah. Mesyuarat bersetuju dan ahli memasukkan
             derma ke dalam tabung yang disediakan.
                    Jumlah kutipan derma kilat: RM1193.00 (Seribu Seratus Sembilan Puluh Tiga Ringgit)

             6.1.3. Usul 3, KPI Kehadiran Pelajar Ke Sekolah
                       Pihak mengusulkan ahli mesyuarat memberi perhatian terhadap anak-anak masing-masing
             berkenaan kehadiran mereka ke sekolah kerana pihak sekolah mendapati berlaku trend menurun apabila
             masuk bulan Februari dan seterusnya. Mesyuarat juga di minta supaya mencadangkan langkah yang
             boleh diambil oleh pihak sekolah dan pihak ibu bapa bagi menangani masalah ini.
             Mesyuarat bersetuju untuk membincangkan perkara tersebut di dalam mesyuarat AJK pada dalam masa
             terdekat.

                       Ketiga-tiga usul ini diterima secara;
                       Cadangan terima oleh: En. Khairuddin bin Mat Hassan
                       dan mendapat sokongan semua ahli dengan cara semua mengangkat tangan.
                                                                                                             5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11