Page 45 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 45
PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
Berdasarkan kepada Carta 4, sebanyak 121 (53.54%) kes aduan pelanggaran tatatertib telah diselesaikan
melalui prosiding tatatertib sehingga buang kerja di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan
Surcaj) 2000 dan tindakan pentadbiran. Bagi tindakan pentadbiran seperti menamatkan perkhidmatan
bagi petugas yang belum disahkan dalam jawatan atau petugas lantikan secara kontrak bawah
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)
2012. Manakala 81 (35.84%) aduan masih dalam prosiding tatatertib dan berbaki 24 (10.62%) aduan
masih di peringkat siasatan tatatertib, maklumbalas ketua jabatan dan menunggu laporan agensi lain.
Sumber: Urus Setia Tatatertib Unit Integriti FELDA
3) Analisis Data Berkaitan Aduan, Siasatan, Tangkapan, Pertuduhan Dan Sabitan Kesalahan Jenayah
Rasuah
Data statistik ini diperoleh daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan
maklumat atau aduan diterima, siasatan, tangkapan, pertuduhan di mahkamah dan sabitan kes-kes
jenayah rasuah melibatkan petugas FELDA dalam tempoh antara tahun 2015 hingga 2019.
171
Maklumat
Kertas Siasatan
Tangkap
Tuduh
Sabitan
22
13
3 2
CARTA 5: Analisis Data Berkaitan Aduan, Tangkapan, Pertuduhan Dan Sabitan Kes
Jenayah Rasuah Melibatkan Petugas FELDA Bagi Tahun 2015-2019.
Carta 5 menunjukkan data statistik keseluruhan kes FELDA yang diterima oleh SPRM bagi tahun
2015 hingga 2019. Jumlah Maklumat kes yang diterima adalah sebanyak 171 kes. Daripada jumlah
tersebut, sebanyak 22 kertas siasatan dibuka dan tangkapan yang telah dibuat adalah sebanyak 13
kes. Sebanyak 3 kes telah dituduh dan hanya 2 kes telah disabitkan kesalahan.
Sumber: CRIS, SPRM
FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024 33

