Page 6 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 6

PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024


        Bab 6 adalah bab terakhir yang menerangkan  mekanisme pelaksanaan yang merangkumi  aspek
        pemantauan  dan pelaporan  kepada pelaksanaan inisiatif  FACP.  Langkah ini bukan sahaja  untuk
        memantau kemajuan pelaksanaan oleh pihak yang berkenaan malahan untuk memastikan langkah-
        langkah yang dilaksanakan adalah bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai. Sekiranya terdapat
        jurang dalam pelaksanaan inisiatif, ia boleh diselaras dan ditambah baik sewajarnya. Melalui proses
        ini juga, para pemegang taruh boleh diberi maklum akan tindakan yang telah dilaksanakan dan secara
        tidak langsung menggambarkan keseriusan Pengurusan FELDA dalam memastikan matlamat FACP
        ini dapat dicapai.

        Kebolehlaksanaan  pelan ini amat  bergantung  kepada komitmen tinggi oleh  Pengurusan  tertinggi
        FELDA dan petugasnya dengan disokong oleh para pemegang taruh. Adalah diharapkan pelan ini boleh
        dijadikan salah satu indikator kepada pencapaian  Petunjuk Prestasi Utama  (KPI) Pengurusan ke arah
        mencapai Visi dan Misi FELDA.











              “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu

              mengkhianati amanah Allah dan rasulNya dan
             janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah

              kamu, sedangkan kamu mengetahui salahnya”


                                    (Surah Al-Anfal, Ayat 27)


































     vi           FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11