Page 5 - Sultan Johor
P. 5

Tunku      Mahkota      Tunku      Ibrahim

                                                              dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23


                                                              Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang


                                                              Maha     Mulia   Sultan    Iskandar.Tuanku

                                                              mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang


                                                              Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti

                                                              Almarhum      Sultan   Idris   Shah    dan


                                                              dikurniakan lima orang putera dan seorang


                                                              puteri.





                                                              Semangat juang dan kecenderungan aktiviti

                                                              laut   yang    diwarisi   dari   keturunan


                                                              Temenggong menjadikan Duli Yang Maha


                                                              Mulia Tuanku amat gemar dengan sukan

                                                              lasak. Semasa berusia lima tahun Tuanku


                                                              memandu bot laju dalam satu pertandingan

                                                              bot. Tuanku berkebolehan dan bertauliah


                                                              memandu kapal laut, kapal terbang, jet dan


                                                              helikopter dan merupakan Raja Melayu

                                                              yang pertama     yang mempunyai       lesen


                                                              memandu      keretapi.    Tuanku     cekap

                                                              menunggang kuda dan bermain sukan polo.


                                                              Tuanku merupakan Raja Melayu yang


                                                              menjelajah setiap pelusuk negeri pada setiap

                                                              tahun untuk merapatkan diri dengan rakyat


                                                              melaui Kembara Mahkota semenjak tahun

                                                              2001.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10