Page 9 - Sultan Johor
P. 9
Selain dari itu Tuanku juga menjalani latihan ‘airborne‘ dan ‘ranger‘ untuk pegawai infantri. Selepas
berehat dua bulan, Tuanku meneruskan latihan ‘American Special Forces‘ dan ‘Pathfinder’ dimana
Tuanku telah membuat 19 terjunan payung terjun, lapan darinya pada waktu malam. Tuanku dipilih
dan ditauliahkan sayap dan dijadikan sebagai seorang komando. Tuanku juga ditauliahkan sebagai
anggota pasukan SEAL (tentera laut dan darat). Selain itu Tuanku melakukan beberapa penerjunan di
Bandung Indonesia sebelum ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus
(KOPASSUS) Indonesia.
Sekembalinya ke Johor, Tuanku dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan
Setia Negeri. Dalam masa yang sama Tuanku menjalani latihan juruterbang helikopter dengan
Tentera Udara Diraja Malaysia. Dengan kecekapan yang ditunjukkan Tuanku dibenarkan
mengendalikan penerbangan helikopter perseorangan. Dengan kesungguhan dan ketabahan, Tuanku
berjaya lulus satu kursus lebih awal dari peserta lain. Tuanku dikurniakan dan menerima sayap pada
26 April 1982 dari Sultan Iskandar dalam satu upacara perbarisan dalam mana Tuanku menjadi
ketuanya.

