Page 17 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2020
P. 17
Panduan Pengurusan Sekolah 2020, SMK Tunku Panglima Besar
Latar Belakang
Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar telah ditubuhkan pada tahun
1962. Ia dikenali sebagai Sekolah Pelajaran Lanjutan Kulim. Para pelajar yang gagal dalam
peperiksaan SPM tetapi ingin melanjutkan pelajaran ditempatkan di sekolah ini.
Pada tahun 1965 nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Kulim. Para
pelajarnyaterdiri daripada lepasan SPM. Mulai tahun 1968, perubahan dilakukan, sekolah ini
menempatkan para pelajar dari tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Pada Mei 1991, nama sekolah ini
telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar (SMKTPB) iaitu
mengambil sempena nama gelaran Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Yaakob AlHaj iaitu
kekanda kepada Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (Perdana Menteri Malaysia yang pertama).
Pertukaran nama sekolah ini telah dirasmikan oleh Dato Yusuf Bin Abdul Rahman (Pengerusi
Jawatankuasa Pelajaran Negeri Kedah). Pertukaran ini dapat mengatasi kekeliruan antara sekolah
ini dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim (SMK) yang terletak bersebelahan.
Pada tahun 2002, sekolah ini telah dipilih untuk melaksanakan projek printis bagi mata
pelajaran Vokasional (MPV) di daerah Kulim Bandar Baharu. Sekolah ini juga telah mula
menawarkan kelas tingkatan 6 (aliran sastera) pada tahun 2003. Aliran ini telah ditutup pada Jun
2014, setelah semua pelajar tingkatan 6 ditempatkan di Pusat Tingkatan 6 di Taman Mahsuri
Padang Serai, Kedah.
VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
10

