Page 13 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2020
P. 13
Panduan Pengurusan Sekolah 2020, SMK Tunku Panglima Besar
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PANGLIMA BESAR
09000 KULIM
KEDAH DARUL AMAN
TEL : 04 - 4891090 / FAX : 04 – 4893442
e-mel : KEB5026@moe.edu.my
Rujukan Kami : SMKTPB/30/005/50( )
Tarikh : 01 Januari 2020
………………………………….
SMK Tunku Panglima Besar,
09000 Kulim,
Kedah Darulaman.
Tuan/Puan,
WATIKAH PELANTIKAN JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU TAHUN 2020
Dengan segala hormatnya ,perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dengan rasminya dilantik dan
dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan yang diamanahkan dalam bidang pengurusan
Kurikulum, HEM dan Kokurikulum seperti yang tercatat dalam Buku Panduan Pengurusan
Sekolah bagi tahun 2020.
3. Jawatan, amanah dan tanggungjawab dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah SMKTPB
boleh diubah, dikurang atau ditambah oleh pihak pentadbiran dari semasa ke semasa.
4. Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020.
5. Pihak sekolah amat berbesar hati dan berharap agar tuan/puan menerima perlantikan ini dan
tugas ini dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
….…………………………..
Pengetua,
SMK Tunku Panglima Besar
VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
6

