Page 8 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2020
P. 8
Panduan Pengurusan Sekolah 2020, SMK Tunku Panglima Besar
Bicara Pengetua
Salam Sejahtera
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh,
Alhamdulillah, bersyukur kita semua kepada Allah S.W.T. kerana dengan keizinan dan limpah
kurniaNya , serta kasih sayangNYA kita dapat bertemu kembali di tahun 2020 ini untuk meneruskan
perjuangan kita dalam bidang pendidikan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada badan pengurusan
sekolah kerana telah berusaha menghasilkan Buku Pengurusan Sekolah ini walau pun terdapat kekangan
dan rintangan.
Sebagai pendidik, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga pada tahun baru ini untuk
menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi, seikhlas hati dan bekerja dalam
satu pasukan. Disamping itu marilah kita bersama-sama meningkatkan prestasi dan pencapaian dalam
semua aspek pendidikan, khasnya kualiti pengajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah, kegiatan ko
kurikulum serta memupuk kemurnian akhlak dan sahsiah murid SMK Tunku Panglima Besar pada masa
hadapan. Saya mengharapkan kita sentiasa memperbaiki diri dari segala aspek yang perlu agar kita
menjadikan ‘Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam’.
Dengan adanya Buku Pengurusan Sekolah ini, saya mengharapkan semua guru lebih jelas dalam
merancang, melaksana dan mencapai sasaran kerja tahunan . Malah kita akan dapat bertindak dengan
lebih cekap, selaras dengan hasrat dan cita-cita Jabatan Pendidikan Negeri Kedah serta Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan satu budaya kerja yang sistematik dan bersifat profesional ke arah
kecemerlangan pendidikan yang kita hasratkan. Saya juga berharap buku ini menjadi panduan bagi kita
warga SMK Tunku Panglima Besar menyusun strategi ke arah mencapai matlamat sekolah iaitu
“Kemenjadian Murid Melalui Ekosistem Pendidikan Yang Berkualiti”. Seterusnya akan membentuk Sekolah
Berkualiti sejajar dengan hasrat PPPM 2013 - 2025.
Adalah menjadi harapan saya agar semua guru dapat memanfaatkan Buku Pengurusan Sekolah
Tahun 2020 pada setiap masa dan ketika. Semoga semua warga SMK Tunku Panglima akan sentiasa
mempertingkatkan kemahiran serta ilmu agar kita dapat mengamalkan slogan “Hari Ini Akan Lebih Baik Dari
Semalam” Justeru kerja buat kita akan lebih terarah dan berpandu serta kemenjadian murid menjadi
keutamaan kepada kita semua.
Akhir kata, saya percaya kejayaan akan mampu digapai apabila semua warga SMK Tunku
Panglima Besar bersatu hati melaksanakan harapan kita bersama: MEMPERKASA PANGLIMA.
Salam tahun baru 2020 dan selamat bertugas.
Saya yang menjalankan amanah.
Ruzana binti Md Noor,
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman
VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
1

