Page 2 - BUKU PENGURUSAN SEMESRA 2020
P. 2

PENGENALAN















                      Kata Alu-aluan  Pengetua

                 Asalamualaikumwarahmatullah. Salam sejahtera.

                      Bersyukur saya  ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Buku
                 Panduan Pengurusan SMK Sungai Ranggam Tahun 2020 dapat dihasilkan.

                              Buku  Panduan  Pengurusan  Tahun  2020,  merangkumi  semua  skop

                 pengurusan  sekolah  bagi  mencapai  matlamat,  visi  dan  misi  yang  dihasratkan  oleh
                 Kementerian  Pendidikan  Malaysia  selaras  dengan  Standard  Kualiti  Pendidikan

                 Malaysia Gelombang 2- Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid. Kandungan Buku
                 Panduan Pengurusan ini wajar diterjemahkan oleh semua warga pendidik SEMESRA

                 agar  dapat  melaksanakan  dan  menyeragamkan  tanggungjawab  untuk  membantu

                 meningkatkan kualiti sekolah dan keberhasilan murid.
                      Selaras  dengan  Transformasi  Pendidikan  yang  menjadi  agenda  utama

                 kebanyakan  negara  pada  masa  kini  adalah  bertujuan  untuk  meningkatkan  kualiti
                 pendidikan sedia ada. (Hallinger & Bryant, 2004).

                        Saya  amat  yakin  dengan  peningkatan  kualiti  dan  keilmuan  berkaitan  dengan

                 pengurusan  akan  mampu  merancakkan  proses  kepentingan  pelaksanaan  (delivery)
                 yang berterusan serta bertunjangkan Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia (PPPM)

                 2013- 2025.
                      Akhir  kata,  semoga  semua  warga  SEMESRA  dapat  menghayati  dan

                 melaksanakan  tanggungjawab  kita  sebagai  pengerak  kepada  kecemerlangan  serta
                 melahirkan kemenjadian putera-puteri SEMESRA dalam segenap bidang keilmuan.



                      Salam Ukhwah  dari saya


                                                             1
   1   2   3   4   5   6   7