Page 4 - BUKU PENGURUSAN SEMESRA 2020
P. 4

SEJARAH SEKOLAH

                  PENGENALAN

                  Mukim Kota Setia mempunyai 3 buah sekolah rendah sehingga tahun 1992. Pada
                  ketika itu tidak terdapat sekolah menengah. Kebanyakan murid-murid lepasan tahun
                  enam akan melanjutkan persekolahan menengah ke SMK Khir Johari, Sg. Sumun,
                  SMK Sri Muara, Bagan Datok dan SMK Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak


                  PERKEMBANGAN SEKOLAH
                  Pada  tahun  1992,  Jabatan  Pendidikan  Negeri  Perak  telah  meluluskan  peruntukan
                  segera untuk mendirikan bangunan sekolah sebagai cawangan  kepada SMK Sultan
                  Abdul Jalil Shah. Bangunan pasang siap tersebut telah dibina di atas tanah kerajaan
                  di Lot 565 seluas 5 ekar.

                  Bangunan awal terdiri daripada 1 pejabat, 1 bilik guru, 4 bilik darjah dan 1 bengkel
                  kemahiran hidup. Pada tahun 1996, PPD telah memberi peruntukan tambahan 1 buah
                  bangunan  pasang  siap  makmal  sains.  Dengan  pertambahan  bilangan  murid  yang
                  menggalakkan, permohonan bari telah dibuat dan akhirnya pada bulan disember 2002,
                  pihak pentadbiran sekolah telah menerima penyerahan bangunan baru yang terdiri
                  daripada 5 blok bangunan 2 tingkat, kantin, bengkel pertanian dan padang permainan.

                  Bangunan baru ini mengandungi 12 bilik darjah, ruang pejabat, bilik guru, 3 buah
                  makmal sains, pusat sumber, bilik matematik, bilik sejarah/geografi, bilik tayangan,
                  makmal  bahasa,  bilik  seni,  3  bengkel  kemahiran  hidup,  2  bilik  ERT  dan  lain-lain
                  kemudahan. Pada tahun 2003, sesi persekolahan telah menggunakan bangunan baru
                  sepenuhnya


                          PENERAJU SEKOLAH

                    Sejak sekolah ini di buka, ia diterajui oleh pengetua-pengetua seperti barikut:-
                  1)   Tn. Hj. Kastolani B. Maksud                        1993

                  2)   En. Abdul Majid B. Yusof                           1993 – 1995
                  3)   Tn. Hj. Mohamad Yunus B. Kapi                      1995 – 1996

                  4)   Tn. Hj. Jalaluddin B. Atan                         1996 – 2000
                  5)   Tn. Hj. Abdul Rashid B. Abd Ghafar                 2000 – 31.05.2006

                  6)   Tn. Hj. Mohd Sani B. Mohd Daud                     01.06.2006 – 15.01.2008
                  7)   Pn. Hjh. Fauziyah Bt Ariffin                       16.01.2008 – 12.05.2012

                  8)   Pn. Hjh. Ramlah Bt Ramli                           01.10.2012 – 31.12.2013
                  9)   Pn. Hjh. Wan Nurulkalbi Bt. Wan Abdullah           01.01.2014 – 01.06.2014

                  10)  Tn. Hj. Mohamad Ismail B. Suhada                   23.06.2014 – 21.03.2018
                  11)  Tn. Hj. Wan Saiful Bahrin B. Wan Ayob              mulai 22.03.2018


                                                             3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9