Page 43 - BUKU PENGURUSAN SEMESRA 2020
P. 43
Senarai tugas :
Jawatankuasa Pusat Sumber
▪ Menyediakan carta organisasi JK Penyelaras Pusat Sumber dan mempamerkan pada papan kenyataan
▪ Mengetahui dan menghebahkan pusat sumber terdiri daripada Perpustakaan dan Unit Teknologi Pendidikan (UTP) dan 38
UTP pula terdiri daripada APD, Bilik Tayangan, Bilik Komputer dan Makmal Bahasa
▪ Menyelaras semua program media yang dirancang pelaksanaannya
▪ Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PusatSumber, perbelanjaan pengurusan, penyelenggaraan dan
pembangunan
▪ Memberi khidmat dan kepakaran PdPc berhubung dengan teknologi pendidikan dan bidang latihan
▪ Membantu merancang dan melaksanakan program perkembangan staf
▪ Memberi motivasi kepada guru dan pelajar ke arah menggunakan pelbagai media pendidikan
▪ Merancang untuk mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber Sekolah
▪ Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi luar yang berkaitan dengan Pusat Sumber
▪ Menyediakan Laporan Tahunan dan Penyebaran
▪ Mendapatkan maklumbalas penggunaan Pusat Sumber daripada Guru - guru Panitia Mata Pelajaran dan menyebarkan
maklumat tersebut semula
Perpustakaan / Media
▪ Mengagihkan peruntukan perpustakaan untuk setiap aspek yang diperlukan seperti buku, akhbar, majalah, alatan,
perabot dan pengawas perpustakaan
▪ Menyediakan senarai buku yang dibeli atas nasihat ketua panitia, AJK perpustakaan dan menyemak daripada katalog
buku
▪ Mengisi borang pesanan daripada katalog buku
▪ Menyediakan dan mengisi senarai peralatan dalam buku stok /buku peralatan
▪ Memberikan nombor-nombor pengkelasan mengikut Sistem Dewey
▪ Menjalankan kerja-kerja pemprosesan seperti membuat poket, kad pinjaman dan kad katalog
▪ Memasukkan dan mengemas kini buku dan majalah di rak yang berkenaan
▪ Menyediakan fail tegak untuk sesuatu bidang pelajaran
▪ Mempamerkan keratan-keratan alih bahasa dan lain-lainpada papan lembut perpustakaan
▪ Menyediakan sudut buku-buku baharu dan poster-poster
▪ Melantik pengawas perpustakaan secara rasmi
▪ Menyediakan jadual bertugas pengawas
▪ Memastikan pengawas perpustakaan menjaga kebersihan dan keceriaan bilik perpustakaan
▪ Menyediakan peraturan-peraturan perpustakaan dan dihebahkan kepada semua murid dan satu salinan peraturan
dipamerkan di papan kenyataan
▪ Mempamerkan jadual penggunaan bilik perpustakaan pada papan kenyataan
▪ Menyemak buku-buku semula berpandukan senarai perolehan dan membaiki atau membuat cadangan pelupusan buku-
buku yang rosak kepada PGB
▪ Mengesan buku-buku yang hilang atau yang belum dipulangkan oleh murid / guru pada setiap akhir penggal
▪ Menyediakan rekod dan graf pinjaman mengikut jenis buku
▪ Mengendalikan Pameran Buku pada peringkat sekolah
Makmal Komputer
▪ Menentu dan menetapkan murid yang akan mengikuti kelas-kelas komputer
▪ Menetapkan kursus dan tajuk-tajuk komputer yang akan diikuti oleh murid dan guru
▪ Membantu guru-guru yang menghadapi masalah dalam ICT
▪ Mengenalpasti guru yang boleh dan sanggup mengajar tajuk-tajuk komputer yang telah ditetapkan
▪ Mengambil langkah-langkah menambah bilangan komputer untuk kelas komputer
▪ Memastikan pelajaran komputer tidak melalaikan ibadah solat murid
▪ Menguruskan kekemasan, keceriaan dan kebersihan bilik komputer
▪ Menyusun jadual penggunaan bilik komputer dan menyimpan rekod penggunaannya
▪ Menetapkan peraturan-peraturan menggunakan bilik dan memastikan murid mematuhi peraturan tersebut
▪ Menjaga keselamatan murid di dalam bilik komputer
▪ Melaporkan kepada PGB jika ada alat yang perlu dibaiki atau ditambah
▪ Menjaga keselamatan alat dalam bilik ini dan memastikan bilik ini sentiasa berkunci jika tidak digunakan
▪ Mengemaskini stok di dalam bilik ini
▪ Menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan ICT
39

