Page 8 - BUKU PENGURUSAN SEMESRA 2020
P. 8
OBJEKTIF SEKOLAH
➢ Meningkatkan gred purata sekolah dalam SPM kepada kurang daripada 5.0 dengan
semua murid layak mendapat sijil dan semua murid PT3 sekurang-kurangnya
mencapai tahap pengusaan yang mínimum bagi setiap mata pelajaran.
➢ Meningkatkan kehadiran murid ke tahap 95 %.
➢ Memastikan juara keseluruhan dalam olahraga daerah dan mendapat 3 tepat
teratas dalam 3 permainan dan kokakademik.
➢ Menguruskan kewangan sekolah di tahap cemerlang.
➢ Menyediakan prasarana sekolah yang kondusif ke arah pembelajaran abad Ke-21
➢ Melaksanakan latihan dalam perkhidmatan untuk guru dan AKP secara berkesan
dan memgikut keperluan semasa
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMK Sungai Ranggam komited dan bertekad dalam usaha
merealisasikan Visi dan Misi sekolah.
Kami akan memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua
pelanggan kami berdasarkan piagam berikut;-
Kami warga SMK Sungai Ranggam dengan penuh tekad dan iltizam
berikrar dan berjanji untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk :
1. Menyediakan program pendidikan yang terbaik berdasarkan agenda pengisian
wawasan pendidikan bagi memenuhi kehendak pelajar, ibu bapa dan Negara.
2. Memastikan proses dan perlaksanaan program pendidikan yang disediakan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3. Mewujudkan sistem pengurusan sekolah yang bersih, cekap, amanah dan
telus
4. Mewujudkan budaya dan iklim sekolah yang kondusif, bersih, indah dan ceria
sentiasa peka dan responsif kepada keperluan dan kehendak pelanggan
5. Sedia menerima cadangan, pandangan dan teguran yang membina untuk
meningkatkan proses perkhidmatan
7

