Page 28 - BUKUPENGURUSAN SESI 22 23 EDIT 12 APR
P. 28
SEJARAH SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1954 dengan nama "Sultan Ismail Primary School”
Sekolah ini bermula dengan sekolah rendah dan pada tahun 1958 barulah tertubuhnya sekolah
menengah. Sekolah ini mengambil nama sempena sultan yang memerintah Negeri Terengganu
pada masa itu. Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Inggeris. Sekolah ini adalah sekolah
menengah yang pertama didirikan di daerah Kemaman.
Sebelum sekolah ini mendapat bangunan batu seperti sekarang, sekolah ini pernah
menumpang di sebuah bangunan kayu peninggalan penjajah tentera Jepun di dalam kawasan
kilang papan kepunyaan seorang berbangsa Cina iaitu Chye Hin Sawmill Kemaman yang terletak
di Kampung Injin Gergaji. Guru Besar pertama ialan Encik Lam Ibrahim bin Mohd Piah dan Guru
Penolongnya, Encik Kok Thian Soo.
Sekolah yang ada sekarang telah didirikan di atas sebidang tanah berkeluasan 42 ekar
iaitu terletak di Kampung Besut bersempadan dengan Kampung Pengkalan Sir di sebelah kiri
jalan dari bandar Cukai ke Kuala Terengganu. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh
D.Y.M.M. Sultan Sir Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 12 Julai
1955.
Pada tahun 1958 sebuah kelas Tingkatan Satu aliran Inggeris telah ditubuhkan di sekolah
ini. Oleh kerana pada permulaannya hanya sebuah kelas menengah sahaja yang ditubuhkan
maka pentadbirannya terus diletakkan di bawah seorang Guru Besar yang sama dengan sekolah
rendah. Hal ini berterusan sehingga tahun 1964 dimana pentadbiran bahagian rendah dan
menengah sekolah itu dipisahkan.
Encik P. Ganapathy, seorang siswazah India, telah menjadi Guru Besar pertama untuk
bahagian menengah. Walau bagaimanapun kedua-dua bahagian menengah dan rendah itu masih
menggunakan bangunan dan kawasan yang sama kerana tidak ada bangunan baru dirancangkan
buat sementara waktu sehingga tahun 1972 bila Sekolah Rendah Sultan Ismail mendapat
bangunan baru.
18 Sejak daripada tarikh tersebut, sekolah ini menjadi sekolah menengah sepenuhnya. Kini
sekolah ini menjadi sekolah menengah yang tertua di dalam daerah ini. Pelbagai kemudahan
telah disediakan di sekolah ini seperti dewan, perpustakaan, bengkel, makmal, asrama, padang
dan gelanggang serba guna.
Sekolah ini sekarang mempunyai pelajar seramai 1592 orang dengan tenaga pengajar
seramai 138 orang. Bilangan kelas pula ada 56 buah terdiri daripada Kelas Pendidikan Khas
Integrasi, Peralihan hingga Tingkatan 6. Waktu persekolahan adalah di sidang pagi sahaja.
9

