Page 29 - BUKUPENGURUSAN SESI 22 23 EDIT 12 APR
P. 29
KETETAPAN SEKOLAH 2022/2023
Guru
1. Hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi.
2. Waktu pulang:
2.30 petang - Isnin dan Khamis (jika tiada mesyuarat/program sekolah/kelas tambahan).
4.30 petang - Ahad (PLC), Selasa dan Rabu (Kokurikulum).
(Tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)
3. Pakaian guru:
I. Uniform lengkap (Uniform kokurikulum yang memenuhi syarat) – Selasa
II. Batik Malaysia – Khamis
III. Kasut bertutup
IV. Tanda Nama dan Butang Kemaman Unggul
V. Guru lelaki berpakaian lengkap serta bertali leher
VI. Guru perempuan berpakaian lengkap dan sopan
(Etika berpakaian adalah seperti mana yang termaktub dalam surat pekeliling perkhidmatan bil. 2 tahun
1985 dan SPI bilangan 7 tahun 2001)
4. Keluar sekolah waktu kerja rasmi untuk urusan yang SANGAT PENTING sahaja dan tidak melebihi 2 jam
dengan kebenaran daripada Tuan Pengetua atau Pengurusan sahaja (HrMIS). Sekiranya lebih daripada
tempoh tersebut, perlulah mengambil cuti. Guru juga perlulah mengisi Buku Keluar/Masuk (Perintah Am 5
Bab G) yang ada di pejabat dan ‘thumb print’ waktu keluar dan waktu masuk.
5. Guru yang perlu mengambil cuti rehat khas (CRK), hendaklah memohon kelulusan sekurang-kurangnya 2
hari sebelum bercuti daripada PK Pentadbiran dan Tuan Pengetua serta elakkan cuti bersambung.
6. Semua guru Muslim mesti bersama-sama pelajar di Surau Sekolah setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis
manakala semua guru bukan muslim mengawasi pelajar bukan Muslim di Dewan Perdana.
7. Semua guru diwajibkan hadir ke Perhimpunan pada setiap hari Ahad dan Selasa dan berada Bersama-
sama pelajar di tempat berlangsungnya perhimpunan pada hari tersebut.
8. Keberadaan guru waktu PdPC, PDPR dan waktu relief menepati masa yang telah ditetapkan.
9. Kehadiran dalam semua aktiviti sekolah adalah wajib kecuali mendapat kebenaran daripada Tuan Pengetua.
10. Guru tidak dibenarkan berada di kantin pada jam 7.30 – 8.00 pagi.
11. Semua guru adalah GURU DISIPLIN.
MURID
1. Hadir ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi.
2. Waktu pulang:
2.30petang - Ahad, Isnin dan Khamis (jika tiada program sekolah/kelas tambahan).
4.30petang - Selasa dan Rabu (Kokurikulum).
(Tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)
a. Waktu mula belajar:
8.25 pagi – Ahad
7.45 pagi – Isnin, Rabu
8.00 pagi- Selasa & Khamis
3. Waktu rehat:
PPKI : 9.30 - 10.00 pagi
Menengah Rendah : 9.45-10.15 pagi
Menengah Atas : 11.05-11.35 pagi
Tingkatan 6 : 10.35-11.05 pagi
4. Sentiasa berpakaian lengkap
i. Ahad : Uniform sekolah lengkap
ii. Isnin : Uniform sekolah/PJK
iii. Selasa : Uniform Kokurikulum
iv. Rabu : Baju Sukan Sekolah (warna kuning/hitam)
v. Khamis : Uniform sekolah/PJK
5. Murid tidak dibenarkan berpakaian sukan pada hari peperiksaan.
10

