Page 68 - BUKUPENGURUSAN SESI 22 23 EDIT 12 APR
P. 68
15. Mengisi butiran semua ujian dan pentaksiran dengan lengkapnya dan dianalisis dalam Sistem
Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) melalui guru mata pelajaran.
16. Memastikan keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
17. Menyediakan senarai tugas bagi murid dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-
tiap hari persekolahan.
18. Memastikan sudut info kelas ditampalkan dengan bahan ilmiah yang positif, membina dan terkini.
19. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
A. Pengurusan dan Organisasi Kelas
i Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua
Tingkatan, Bendahari dan AJK Kebersihan ( Agihan tugas – kebersihan papan
hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang
sampah) dan AJK Keceriaan ( sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan info
ii kelas dari semasa ke semasa) menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk
kelas.
Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :
a) Jadual Waktu
b) Jadual Tugas
c) Perabot kelas diinventorikan
iii d) Moto Kelas
iv e) Alatan pembersihan - penyapu dan pengaut sampah
v Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat untuk digunakan.
Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.
Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
B. Jadual Kedatangan dan Kehadiran Murid
i Menandakan kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir
ii secara atas talian (eKehadiran)
Memastikan semua maklumat yang diperlukan ditulis dalam buku daftar sekolah
iii (bagi murid tingkatan satu dan murid yang berpindah masuk) dan mencatat
maklumat berhenti sekolah/ bertukar bagi murid yang berkenaan.
Memastikan data murid di dalam APDM adalah yang terkini.
C. Laporan Pencapaian Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan dan Buku Rekod Kesihatan
i Memastikan setiap murid mempunyai kad kemajuan murid.
ii Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal
dalam kad kemajuan murid bagi setiap penggal/semester.
iii Menyampaikan kad kemajuan murid kepada ibu bapa.
iv Menyedia dan mengisi:
a) “Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan sekolah
b) Sijil berhenti sekolah dan surat akuan bagi murid yang berhenti atau menamatkan
persekolahan.
47

