Page 144 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 144

136






                                           HM55 | Juruteknik Komputer

               RUJUKAN
                i.   Pekeliling  Perkhidmatan  Bilangan  15  Tahun  2006:  Perubahan  Skim  Perkhidmatan  Pegawai  Sistem
                     Maklumat, Penolong Pegawai Sistem Maklumat dan Juruteknik Komputer.

               (A)  PENYELENGGARAAN SISTEM
                     1.    Menjalankan kerja penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan perkakasan

                           IT seperti:
                           a.  Pemeriksaan, penyelenggaraan dan membaik pulih kelengkapan IT yang rosak
                               seperti kerosakan papan induk, cakera keras/SSD cakera liut, tetikus, pencetak
                               dan sebagainya
                           b.  Mendapatkan alat ganti daripada pembekal
                           c.  Memastikan perjalanan sistem dalam keadaan baik
                           d.  Mengurus stor dan rekod alat ganti
                           e.  Menjalankan kerja naik taraf komputer seperti menambah RAM, HD/SSD dan
                               lain-lain peralatan komputer

                           f.  Menjalankan kerja yang berkaitan dengan pemasangan komputer.
                           g.  Membantu urusan dokumentasi pelupusan/hapus kira aset ICT.
                           h.  Mengambil tindakan untuk peralatan ICT yang rosak.

               (B)  PENYELENGGARAAN APLIKASI
                     1.    Melaksanakan instalasi program mengikut keperluan pengguna komputer.
                     2.    Menjalankan peningkatan perisian ke versi terkini

                     3.    Melaksanakan  pelarasan  sistem  berkaitan  dengan  pembahagian  alamat  IP,
                           Gateway, modem dan sebagainya
                     4.    Menjalankan ujian ke atas perkakasan dan perisian yang baru dibeli.
                     5.    Menerima aduan kerosakan dan bertindak ke atas sebarang kerosakan (Help-desk
                           and troubleshooting)

                (C)  OPERASI SISTEM
                     1.    Memberi  khidmat  nasihat  kepada  pengguna  secara  atas  talian  (online)  apabila
                           menerima aduan mengenai kerosakan kecil seperti masalah kerosakan talian data

                           dan merekodkan laporan kerosakan yang agak besar dan rumit.
                     2.    Memastikan keselamatan data, bilik komputer dan bilik server sentiasa diamalkan
                     3.    Memastikan amalan pengendalian sistem pencegahan kebakaran dilaksanakan.
                     4.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149