Page 145 - MySG Sekolah Menengah KPM
P. 145

137






                                 HM56 | Pembantu Pengurusan Murid (PPKI)

               RUJUKAN
                 i.  Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003 : Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid


                 ii.  Surat Pemakluman Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Berkaitan Senarai Tugas Pembantu
                     Pengurusan Murid Di Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (24 November 2016)

                iii.  Profil Kompetensi Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) Gred N19 KPM

                iv.  Standard Kopentensi Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) KPM.

               (A)  MENJAGA HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN KHAS
                     1.    Bertanggungjawab memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan bersih dan
                           kemas seperti:
                           a.  Mengurus murid yang tidak terurus atau tidak tahu menyalin pakaian.
                           b.  Membantu membersihkan murid seperti memandikannya (jika perlu).

                           c.  Membersihkan kotoran yang terdapat di dalam kelas seperti muntah, air kencing,
                               najis dan sebagainya
                     2.    Bertanggungjawab  menghantar  atau  menyambut  kedatangan  murid  semasa
                           menghadiri kelas/stesen PdP.
                     3.    Bertanggungjawab memastikan murid berada di kawasan sekolah dalam keadaan
                           selamat.
                     4.    Bertanggungjawab  menunggu  murid  yang  pulang  lewat  dan  memastikan  murid
                           keluar dari kawasan sekolah dalam keadaan selamat
                           a.  Mengawasi murid setelah tamat waktu persekolahan

                           b.  Memaklumkan kepada GPK Pendidikan Khas/Penyelaras untuk menghubungi
                               ibu bapa/penjaga sekiranya terdapat murid yang lewat pulang
                     5.    Bertanggungjawab  membantu  murid  ke  tandas  sekiranya  perlu  membawa/
                           mengiringi murid ke tandas dan membimbing murid cara menggunakan tandas serta
                           membersihkan diri dengan betul.
                     6.    Mengawasi murid semasa perubahan PdP atau sewaktu guru menghadiri taklimat/
                           urusan rasmi seperti berikut:

                           a.  Ketika pertukaran guru, stesen atau kelas
                           b.  Sebelum ketibaan guru
                           c.  Semasa time-out (dendaan)
                     7.    Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga untuk
                           urusan ke hospital:
                           a.  Membantu menenangkan emosi murid
                           b.  Menempatkan murid ke bilik sakit
                           c.  Menyemak rekod latar belakang kesihatan murid
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150