Page 17 - BUKU PERATURAN SEKOLAH SKS24 2021
P. 17
TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Surat Pekeliling Iktisas Bil. 9/1975
Surat Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut
Amaran Pertama Pada hari ke -3 Pada hari ke 10
Amaran Kedua 7 hari selepas amaran pertama 10 hari selepas amaran pertama
Amaran Terakhir 7 hari selepas amaran kedua 20 hari selepas amaran kedua
Buang sekolah 14 hari selepas amaran terakhir 20 hari selepas amaran kedua
Amaran Terakhir 31 hari 60 hari BUKAN berturut-turut
PONTENG
Surat Pekeliling Iktisas Bil.6/1995
a) PONTENG SEKOLAH
Ponteng sekolah adalah tidak datang ke sekolah tanpa sebab atau kebenaran.
Murid yang ponteng sekolah tiga (3) hari berturut-turut akan diberi surat
peringatan dan jika berlaku lagi, murid berkenaan boleh dikeluarkan namanya
dari senarai daftar sekolah atau dengan kata lain diberhentikan sekolah.
b) PONTENG KELAS
Ponteng kelas adalah datang ke sekolah tetapi pada waktu-waktu tertentu, murid
berkenaan tiada dalam kelasnya dan pada waktu lain murid ada semula di dalam
kelas. Murid yang didapati ponteng kelas ini akan dikenakan tindakan disiplin.
Pemberitahuan kepada ibu bapa akan dikeluarkan dan jika masalah ini berulang,
murid ini akan di kenakan tindakan yang sama dengan murid yang ponteng
sekolah.

