Page 18 - BUKU PERATURAN SEKOLAH SKS24 2021
P. 18
BAHAGIAN 3
PERHIMPUNAN
3.1 Sewaktu loceng pertama dibunyikan pada jam 7.20 pagi, murid mesti bersedia di
tapak perhimpunan. Manakala untuk murid petang pada 12.50 petang, murid
murid perlu beratur di tepi dewan untuk masuk kelas.
3.2 Apabila loceng kedua dibunyikan, murid dikehendaki bergerak segera ke tapak
perhimpunan dalam keadaan senyap.
3.3 Bila berada di tapak perhimpunan,murid dikehendaki beratur mengikut kelas
masing-masing dan dalam keadaan diam.
3.4 Murid dilarang bercakap sama sekali semasa guru sedang berucap. Murid yang
didapati bercakap akan didenda.
3.5 Murid hendaklah berada dalam kawasan sekolah lima (5) minit sebelum loceng
dibunyikan. Murid yang lewat dikehendaki beratur di hadapan kantin berhampiran
pintu pagar utama. Murid yang lewat akan dicatat nama oleh pengawas.
3.6 Murid yang telah datang ke sekolah adalah dilarang keluar sama sekali dari
kawasan sekolah walaupun loceng masih belum dibunyikan. Jika didapati murid
melakukan demikian,maka tindakan disiplin akan diambil ke atas murid
berkenaan.
3.7 Pada waktu rehat,murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas. Murid hanya
dibenarkan makan dan minum di kantin. Murid tidak dibenarkan berada di
persekitaran bangunan kecuali perpustakaan sahaja.

