Page 43 - BUKU PERATURAN SEKOLAH SKS24 2021
P. 43
c) Bagi sebarang kes kecemasan yang memerlukan murid menghubungi keluarga,
pihak sekolah ada menyediakan telefon awam disekitar kawasan sekolah yang
boleh digunakan pada waktu tertentu.
d) Telefon bimbit yang diambil dari murid oleh pihak sekolah perlu diserahkan
pada hari itu juga jika diambil pada waktu pagi dan jika diambil pada waktu
petang, akan diserahkan keesokan pagi.
e) Hanya ibubapa/penjaga SAHAJA yang dibenarkan datang mengambil telefon
bimbit ini dan perlu mengisi borang akujanji yang murid tersebut tidak akan
membawa lagi telefon bimbit ke sekolah.
f) Jika perbuatan tersebut berterusan walau surat akujanji telah dibuat, pihak
sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau
kehilangannya di sekolah pada bila-bila masa.
16.2 PERMAINAN
(Pin Table / Video Game / Game Watch / Berjudi / seumpamanya)
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1976
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1982
a) Semua permainan seperti yang dinyatakan di atas dan seumpama dengannya
diLARANG dibawa ke sekolah.
b) Permainan ini didapati banyak membuang masa dan membazirkan wang serta
lebih bersifat melalaikan murid dalam menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pelajaran.

