Page 38 - BUKU PERATURAN SEKOLAH SKS24 2021
P. 38
(c) Murid dinasihat supaya mendapatkan rawatan daripada doktor atau berehat
di rumah jika mengalami masalah kesihatan. Namun begitu, pihak sekolah
mestilah dimaklumkan.
(d) Murid diingatkan supaya tidak berhujan atau bermain di tempat-tempat
yang tidak sepatutnya terutama tempat yang boleh mendatangkan
kecederaan kepada mereka seperti longkang atau kawasan yang terdapat air
takungan.
(e) Murid digalakkan membawa air masak dari rumah untuk diminum oleh
mereka.
(f) Amalan membersihkan tangan hendaklah sentiasa dibasuh dan diamalkan
sebelum dan selepas makan serta sebaik sahaja selesai melakukan atau
menjalankan sesuatu aktiviti.
14.2 KESELAMATAN PERGI DAN BALIK
Surat Pekeliling Iktisas Bil.8/1999
a) Murid -murid tidak dibenarkan menunggang atau membonceng basikal di
dalam kawasan sekolah. Basikal mestilah sentiasa dikunci dan diletakkan
di tempat yang telah disediakan dan disusun dengan beratur. Pihak sekolah
tidak bertanggungjawab diatas kehilangan mana-mana basikal murid.
b) Kenderaan ibubapa/ penjaga atau pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam
kawasan sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru besar sahaja.
c) Murid yang menunggu kenderaan untuk balik ke rumah hendaklah berada
di dalam kawasan sekolah atau di kantin sekolah sahaja.
d) Murid tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah selepas pukul 7.00 malam.
Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap murid selepas waktu yang
telah dinyatakan. Oleh itu, ibubapa/penjaga hendaklah menguruskan
pengangkutan anak mereka sebelum waktu yang dinyatakan.

