Page 118 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 118

Penglibatan diri dalam program komuniti juga dapat memastikan keperluan dan
              aspirasi komuniti tersebut tidak diabaikan. Hal ini dapat mewujudkan komuniti yang
              dinamik dan sejahtera. Terdapat pelbagai cara melaksanakan program komuniti sama ada
              bersama-sama dengan badan kerajaan ataupun pertubuhan bukan kerajaan seperti yang
              di bawah:
                           CARA MELAKSANAKAN PROGRAM KOMUNITI









                Mendaftarkan diri sebagai sukarelawan                Menyokong dasar dan
                                                              program komuniti yang dilaksanakan
                                                               secara langsung atau tidak langsung










       8        Memberikan sumbangan keperluan asas            Mempromosikan program komuniti
                                                                      dalam media massa
                 seperti pakaian dan makanan kepada
                       pihak yang memerlukan










               Meluangkan masa dan menyumbangkan             Melibatkan diri dalam program komuniti
                  tenaga dalam menjayakan sesuatu
                          program komuniti










                  Menggalakkan rakan atau keluarga           Memberikan sumbangan pengetahuan,
                   untuk menyertai program komuniti             kemahiran atau kepakaran untuk
                                                                melaksanakan program komuniti





            108
            108
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123