Page 120 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 120
Komuniti yang harmoni akan mewujudkan jalinan kerjasama yang erat serta
menggalakkan kehidupan yang selamat dan sejahtera. Hal ini dapat melahirkan warganegara
yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Walau
bagaimanapun, kurangnya penglibatan dalam program komuniti boleh mendatangkan
implikasi seperti yang di bawah:
IMPLIKASI KURANG PENGLIBATAN DALAM PROGRAM KOMUNITI
Golongan yang memerlukan bantuan Generasi baharu akan mudah terjebak
sukar mendapat pembelaan dengan tingkah laku antisosial
Hubungan antara masyarakat pelbagai
Manusia lebih bersikap individualistik
kaum akan semakin renggang
8
Jurang sosial semakin meluas Kelestarian alam sekitar terabai
Beban kerajaan dalam pembangunan Sikap prihatin dan timbang rasa
komuniti bertambah dalam kalangan masyarakat berkurangan
Apabila semua lapisan masyarakat bekerjasama untuk membangunkan komuniti, maka
wujudlah perasaan bersyukur dan bangga terhadap komuniti dan negara. Oleh itu, rakyat
dapat mengamalkan nilai berterima kasih dan kasih sayang dalam kehidupan harian tanpa
mengira agama, kaum dan budaya.
110

