Page 170 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 170

C  Sektor pelancongan memainkan peranan utama untuk menaikkan nama negara
                  di mata dunia. Gambar di bawah menunjukkan contoh kempen pelancongan yang
                  dianjurkan oleh kerajaan.


      11


































                                              Contoh kempen pelancongan
                                                (Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia)




              1.   Hasilkan satu iklan secara kreatif untuk
                  mempromosikan tempat-tempat pelancongan
                  di negeri anda yang menjadi kebanggaan negara.
              2.   Promosikan iklan anda dalam pelbagai media.         Vandalisme menjejaskan sektor
                                                                       pelancongan sesebuah negara.
                                                                       Bincangkan.





                Kishan Singh telah memenangi pertandingan inovasi pada peringkat kebangsaan. Secara
                tidak langsung, dia akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Selepas meluangkan
                masa selama beberapa bulan untuk membuat persediaan bagi pertandingan tersebut, Kishan
                Singh telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kakinya patah. Kishan
                Singh berada dalam dilema untuk meneruskan penyertaan dalam pertandingan tersebut. Jika
               anda Kishan Singh, apakah tindakan yang patut anda lakukan?


            160      7.4.1, 7.4.2, 7.4.3, 7.4.6
            160
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175