Page 171 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 171

D  Teliti situasi di bawah.





                                                                                                          11
                         Thirav, saintis cemerlang yang menjadi kebanggaan negara. Dia
                         merupakan rakyat Malaysia yang berkhidmat di National Aeronautics
                         and Space Administration (NASA), Amerika Syarikat. Ibunya yang
                         berada di Malaysia sering jatuh sakit. Thirav tidak mempunyai
                         saudara-mara yang boleh menjaga ibunya. Dalam masa yang sama,
                         dia menerima tawaran untuk berkhidmat dengan sebuah agensi
                         di tanah air. Sekiranya Thirav pulang ke Malaysia, adakah dia masih
                         boleh mengharumkan nama negara di persada dunia?





               Secara berpasangan, laksanakan aktiviti Bola Salji (Snowball) dalam menyelesaikan
               situasi di atas.

               CARA PELAKSANAAN:
               1.   Hasilkan satu penyelesaian bagi
                   situasi di atas.
               2.   Kongsikan penyelesaian tersebut
                   bersama-sama dengan pasangan anda.
                   Gabungkan dua jawapan menjadi satu
                   jawapan yang dipersetujui bersama.
               3.   Kongsikan jawapan dengan
                   kumpulan lain.
               4.   Ulangi proses yang sama. Cara ini boleh
                   mensintesiskan empat jawapan menjadi
                   satu jawapan yang lebih tepat.








                         Populariti barangan luar
                     negara menjadi saingan kepada
                        barangan tempatan untuk
                             menempa nama
                        di persada dunia. Huraikan.








                                                                            7.4.2, 7.4.3, 7.4.4     161
                                                                                                    161
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176