Page 57 - Pendidikan Moral Tingkatan 5 KSSM
P. 57

Pelbagai kaedah digunakan untuk membolehkan maklumat disampaikan dengan
               cepat dan tepat kepada setiap individu. Namun demikian, kita tidak boleh menggunakan
               sumber dengan sewenang-wenangnya dan menyebarkan maklumat yang diperoleh
               tanpa pengesahan daripada pihak yang berkaitan. Tatacara menggunakan sumber dan
               menyebarkan maklumat demi kesejahteraan sejagat adalah seperti yang di bawah:

                                  TATACARA MENGGUNAKAN SUMBER
                                     DAN MENYEBARKAN MAKLUMAT



                          1                     Pastikan kesahihan sesuatu maklumat.




                          2                     Dapatkan pengesahan daripada pihak
                                                yang berkaitan.



                          3                     Nyatakan sumber rujukan.




                          4                     Sebarkan berita atau maklumat yang
                                                tidak menyentuh isu sensitif.


                                                Elakkan daripada memuat naik isu negatif,
                          5                     kurang sopan atau pornografi melalui
                                                laman sosial.

                          6                     Elakkan daripada membuat serangan
                                                peribadi terhadap pihak yang lain.
                                                                                                          4
                          7                     Tidak memanipulasikan sesuatu isu untuk
                                                kepentingan sendiri.


                          8                     Tidak menokok tambah maklumat atau
                                                isi kandungan.


                          9                     Tidak menggodam atau mengeksploitasi
                                                maklumat peribadi orang lain.



                         10                     Tidak mencetak atau memplagiat bahan
                                                tanpa kebenaran pemilik asal.




                                                                                                     47
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62