Page 137 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 137

Kenali Perkembangan Sekunder daripada Aspek Fizikal



                 Setelah membaca dialog di bawah murid diminta mengenal pasti dan menilai lain-lain
                 perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal pada diri
                 seorang remaja.


                                   Cikgu, apakah maksud perkembangan seksual sekunder?




                                             Seksual sekunder ialah perubahan pada tubuh
                                             yang terjadi pada permulaan akil baligh yang
                                             melibatkan perkembangan dan perubahan aspek
                                             fizikal dan emosi. Murid perlu pandai mengurus
                                             perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal
                                             dan berkemahiran membuat keputusan dalam
                                             menangani perubahan emosi.




                                               Apakah perubahan fizikal
                                               yang berlaku, cikgu?





                                              Bagi murid lelaki berlaku perubahan fizikal
                                              seperti  suara bertambah garau, ketinggian
                                              meningkat, misai dan janggut mula tumbuh,
                                              saiz otot membesar dan tekstur kulit menjadi
                                              kasar. Bagi murid perempuan pula, pinggul
                                              dan payu  dara mereka mula membesar,
                                              jerawat  mula  tumbuh  di  muka dan suara
                                              semakin lunak.

          PEERS

                                             Cikgu, bagaimana pula
                                             dengan perubahan emosi?
         1



                                 Aktiviti          Apabila perubahan emosi berlaku
                                                   murid mudah berasa sensitif
                                                   seperti cepat berasa tersinggung,
                         Minta murid untuk         marah, merajuk dan sedih. Oleh
                         hasilkan “Diari Diriku”.  itu, murid perlu pandai mengurus
                                                   dan menangani perubahan emosi.





                128                                                                        1.1.1, 1.1.2, 1.1.4
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142