Page 141 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 141

2.0  PENGARUH MULTIMEDIA KEPADA
                              TINGKAH LAKU SEKSUAL BERISIKO






                              Standard Pembelajaran



                         Memahami pengaruh negatif multimedia kepada tingkah
                         laku seksual berisiko.



                         Mengaplikasikan kemahiran menangani pengaruh negatif
                         multimedia terhadap tingkah laku seksual berisiko.



                         Menganalisis pengaruh negatif multimedia kepada tingkah
                         laku seksual berisiko.




                         Menjana idea cara menangani tingkah laku seksual berisiko
                         dan kepentingan penahanan diri daripada seks.






















                 Media massa memainkan peranan penting dalam dunia hari ini. Media
                 massa merujuk kepada  pelbagai  teknologi  yang  digunakan untuk
                 berkomunikasi yang kadang-kadang dikenali sebagai multimedia.
                      Murid mudah terpengaruh dengan kecanggihan multimedia, namun
                 murid haruslah menggunakan multimedia dengan cara yang bijak dan
                 berhemah. Namakan jenis-jenis multimedia yang anda tahu?






                132
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146