Page 149 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 149

3.0  PENYALAHGUNAAN BAHAN:
                              PENGARUH ROKOK, ALKOHOL DAN DADAH






                              Standard Pembelajaran



                         Memahami pengaruh rokok, alkohol
                         dan dadah kepada diri, keluarga
                         serta masyarakat.

                         Mengaplikasikan kemahiran mengelak diri
                         daripada pengaruh rokok, alkohol dan dadah.


                         Menganalisis kesan bahaya asap rokok
                         kepada perokok pasif.


                         Menilai taraf kesihatan individu yang
                         terlibat dalam kegiatan merokok,
                         pengambilan alkohol dan dadah.




                 Rokok,  alkohol  dan  dadah  ialah bahan yang
                 boleh mengkhayalkan dan memabukkan. Rokok,
                 alkohol dan dadah akan menyebabkan gangguan
                 kesihatan  seperti  hilang  pertimbangan, cepat
                 marah,  bertindak agresif  dan  mungkin hilang
                 kewarasan akal.  Amalan gaya hidup  sihat tanpa
                 rokok,  alkohol dan dadah dapat  menghindarkan
                 diri daripada  penyakit  berbahaya. Hargai serta
                 sayangi diri. Elakkan diri daripada pengaruh
                 rokok, alkohol dan dadah. Jalani hidup seharian
                 dengan  aktiviti bermakna dan berfaedah  seperti
                 beriadah bersama keluarga dan menyertai aktiviti
                 kemasyarakatan. Bincangkan dalam kumpulan
                 mengenai gambar.









                140
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154