Page 151 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 151
Kempen Hidup Sihat Tanpa Rokok, Alkohol dan Dadah
Pihak sekolah mengadakan kempen hidup sihat tanpa rokok, alkohol dan dadah.
Satu aktiviti sumbang saran dijalankan dengan murid mengenai pengaruh rokok,
alkohol dan dadah kepada diri, keluarga serta masyarakat. Seorang murid dilantik
sebagai guru muda untuk mengetuai aktiviti.
Siapa boleh menjelaskan kesan penyalahgunaan bahan?
Pengaruh penyalahgunaan bahan ini boleh menjejaskan sistem tubuh badan. Selain itu,
bahan ini juga memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat. Contohnya berlaku
pembaziran wang, meningkatkan risiko kepada masalah sosial seperti jangkitan HIV dan
pelbagai penyakit berbahaya. Kerajaan juga perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar
untuk kos rawatan dan pemulihan kepada perokok, pemabuk dan penagih.
Bagus! Jawapan yang tepat dan jelas. Apakah pula kemahiran yang
kita perlu kuasai untuk menjauhi bahan yang berbahaya ini?
Pertama, kita perlu
tetapkan pendirian dengan
menolak jika ditawarkan
bahan ini. Kedua, kita
PEERS
harus gunakan kaedah
komunikasi berkesan
seperti menghadiri kempen
dan ceramah mengenai
1
penyalahgunaan bahan.
Ketiga, kita juga perlu
tahu memilih aktiviti dan
rakan yang baik. Melalui
kemahiran ini, kita dapat
mengelak daripada
terlibat dengan perbuatan
merokok, penagihan
alkohol dan dadah.
3.1.1, 3.1.2
142

