Page 166 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1
P. 166
Nilai Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Ah Lek berasa sedih setelah kematian ibu bapanya. Dia memberontak kerana
terpaksa tinggal bersama dengan datuk dan nenek serta ibu saudara dan bapa
saudaranya. Suatu hari, Ah Lek ditangkap polis kerana berada di pusat permainan
video pada waktu persekolahan. Apakah peranan ahli keluarga untuk membantu
Ah Lek mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial yang lebih serius?
Ah Lek,
rajin-rajin belajar,
ya. Ingat janji Baik, mak cik
dengan mendiang saya janji.
ibu kamu.
Atuk, nenek, maafkan
saya. Saya berjanji akan
menjadi seorang cucu
yang baik.
Mulai hari itu, Ah Lek sedar yang keluarga Ah Lek berjaya menjadi pelajar
sangat menyayanginya. Dia memberikan cemerlang. Kejayaan ini disebabkan dia
tumpuan sepenuhnya pada pelajaran. dapat menangani masalah emosi.
Sepupu-sepupunya banyak membimbing dan
membantu Ah Lek dalam pelajaran.
PEERS
1
1. Nyatakan kepentingan sokongan keluarga dalam menangani masalah emosi dan gejala sosial.
2. Bincangkan peranan individu dalam keluarga nukleus, keluarga kembangan atau keluarga tunggal.
5.1.3 157

